Sabtu, 5 Mei 2018

Pelakon Goblin Hidup Susah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Pelakon Goblin Hidup Susah

PELAKON drama bersiri popular Goblin, Lee El mendedahkan bukan mudah untuknya berjaya dalam bidang lakonan malah enam tahun pertamanya terlibat dalam bidang seni dia sering kesempitan wang.

Lee El seperti dilaporkan Koreaboo memberitahu dia pernah tidak mempunyai wang untuk makan dan hanya minum air teh bagi mengisi perutnya.

"Drama lakonan pertama saya Good Job, Good Job pada 2009 namun selepas itu saya sudah tidak mendapat apa-apa lagi tawaran.

"Saya mula terfikir adakah disebabkan penampilan saya yang tidak menarik dan pernah berjumpa doktor pembedahan plastik untuk mengubah wajah saya?

"Keadaan ketika itu sangat tertekan, saya tiada wang, tidak makan dan hanya minum teh untuk mengisi perut," katanya.

Bagaimanapun kata Lee El, pengalaman pahit itu sebenarnya mengajar dirinya untuk menjadi seorang lebih kuat dan bersemangat untuk terus berusaha menjadi seorang aktres berjaya.

Selain Goblin, Lee El turut popular menerusi drama seperti What A Man Wants dan Inside Men.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: