Isnin, 14 Mei 2018

Nyanyi Bersama Rosmah...Ini Kata Mawi

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Nyanyi Bersama Rosmah...Ini Kata Mawi

BEBERAPA hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), lagu nyanyian Mawi dan Datin Seri Rosmah Mansor berjudul Lara Jiwa tiba-tiba sahaja tular di media sosial.

Jelas Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani, dia juga terkejut apabila lagu tersebut kembali menjadi bualan ramai sempena PRU14 yang telah dijalankan pada 9 Mei lalu.
Bagaimanapun, penyanyi yang suatu masa dahulu mencetuskan fenomena itu tidak mahu lagu nyanyiannya bersama isteri kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dipolitikkan oleh netizen.
Jelas Mawi, lagu Lara Jiwa itu dirakam sejak tahun 2005 lagi iaitu selepas dia menjuarai program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).
“Saya faham negara kita baru selesai PRU14. Jadi apa saja yang membabitkan artis terutama bersangkut paut dengan pemimpin terdahulu, netizen akan cari semula termasuklah lagu ini.
“Saya tidak ada masalah lagu ini ditularkan semula, cuma janganlah dipolitikkan atau disalah anggap. Kalau boleh jangan timbulkan cerita buruk. Bagi saya, kita patut lebih bersederhana,” katanya memetik HMetro Online.
Tambah Mawi, dia tidak mahu perkara itu dipolitikkan bimbang punca pendapatannya sebagai penyanyi akan menerima kesan selepas ini.
Mawi juga menceritakan bahawa lagu tersebut merupakan kali pertama dia bekerjasama dengan orang kenamaan memandangkan ketika itu dia baru sahaja menyertai industri muzik negara.
Dalam pada itu, Mawi juga menolak dakwaan bahawa dia mempunyai kepentingan dengan pihak-pihak tertentu selepas tersebarnya semula lagu berkenaan.
Malah, lagu tersebut ketika itu juga dirakamkan Mawi dan Rosmah demi menjayakan sebuah kempen yang mempunyai tujuan yang baik.
“Mungkin ramai tidak tahu, lagu ini dirakam bagi menjayakan Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah. Lagu ini dijadikan lagu tema kempen berkenaan. Ia sesuatu yang bagus.
“Namun, apabila ada pihak menuduh dan mempolitikkan perkara ini, bagi saya ia tidak patut. Dalam masa sama, mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Apa ingin dikatakan, jangan sekali pernah lupakan kebaikan seseorang kepada kita,” ujarnya. 
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: