loading...
Loading...
Nama Tertera Dalam Sekeping ‘Surat’ Mahkamah, Elfira Loy Kena Saman?
Baru-baru ini kami baru sahaja terima sekeping gambar kiriman dari pengikut kami mengenai satu ‘surat’ dari mahkamah.
Namun bagaimanapun semua bahagian telah di tutup kecuali nama defendan yang jelas kelihatan nama pelakon Nurul Elfira Loy!
Kami terkejut dengan apa yang kami terima dan lihat kerana tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja Elfira berhadapan dengan situasi ini.
A post shared by ٢٤ | | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on May 2, 2018 at 4:50am PDT
Oleh kerana semuanya kurang jelas, kami beranikan diri bertanya kepada pengirim tersebut apakah maksud semua ini dan mengapa ada nama pelakon Elfira Loy.
Dengan ringkas, pengirim ini memberitahu kami semua ini kerana Elfira gagal menunaikan tugas.
“Setuju jadi duta, payment dah dibuat tetapi gagal melaksanakan tugas”
Di dalam surat berkenaan juga ada tertulis tiada kehadiran telah dimasukkan oleh Defandan dalam tindakan ini dan Elfira diminta untuk membayar refund kepada Plantif.
Alamak, apa pula cerita ini ya? Apapun kita tunggu penjelasan daripada Elfira Loy!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan