Sabtu, 12 Mei 2018

"Nak Jalan-jalan??No problem.Kita Boleh Sponsor"-Nazri Aziz

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
"Nak Jalan-jalan??No problem.Kita Boleh Sponsor"-Nazri Aziz

Sejak Barisan Nasional (BN) tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), ramai pemimpin-pemimpinnya menyepi dan tidak membuat sebarang kenyataan di media.

Begitu juga dengan Datuk Seri Nazri Aziz, yang dahulunya lantang bersuara kini tidak lagi berbuat demikian.

Baru-baru ini, isterinya memuat naik video Nazri mengadakan perjumpaan dengan sekumpulan wanita (auntie club) dan memberi penjelasan bahawa dirinya sudah tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan.

“Jadi, walaupun dalam kerajaan saya tidak ada jawatan, tapi jangan bimbang, kita ada peruntukkan. Saya faham, auntie pun kerja kuat, sekali sekala nak jalan kan. Relax, no problem. Saya banyak kawan tokey-tokey, kita boleh sponsor.

“Jadi saya harap auntie sudah makan semua, terima kasih. Besok saya ingat ada hari ibu kan? Saya ucapkan semua auntie happy mother’s day,” katanya dalam video tersebut.


A post shared by Datin Seri Haflin Nazri Aziz (@haflinnazriaziz) on

 Dalam PRU14 lalu, Nazri menang bertanding sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas dan DUN Lubuk Merbau serta Chenderoh.


Terdahulu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN susulan tewas dalam PRU14. Tanggungjawab itu kini diserahkan kepada timbalannya iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Dalam keadaan wajah yang sugul, Najib menyatakan dia tidak akan meninggalkan UMNO dan akan terus memberi sokongan kepada parti itu yang dikatakan telah banyak berjasa kepada negara.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: