loading...
Loading...
Mahalnya Beg Tangan Birkin,Bukan Sebarang Orang Mampu Memilikinya
Bukan calang-calang orang yang bisa memiliki Hermès Birkin. Hanya mereka yang berstatus sahaja mampu memilikinya kerana sebuah beg tangan Birkin mampu mencecah dari $12,000 untuk yang bersaiz kecil hingga $223,000 untuk yang bersaiz besar.
Namun begitu, apa yang membuatkan harganya melambung tinggi? Ini 10 fakta menarik tentang Hermès Birkin yang anda perlu tahu!
#1 Sekitar 1981, Jane Birkin seorang artis dan penulis lagu kelahiran Britain yang berpangkalan di Perancis telah duduk di sebelah CEO Hermès waktu itu, Jean-louis Dumas dalam sebuah penerbangan. Hendak dijadikan cerita, kebanyakan isi dan barangan peribadi milik Jane asyik terluah dari beg tangan bakulnya. Dari situlah idea untuk menghasilkan Hermès Birkin bermula.
Gambaran perbualan antara Jean-Louis dan Jane Birkin:-
Jean: “Awak seharusnya memiliki beg tangan yang mempunyai poket.”
Jane: “Ya, suatu saat nanti apabila Hermès mengeluarkan beg tangan yang mempunyai poket, saya akan membelinya.”
Jean: “Sayalah orang itu (Ketua Pegawai Eksekutif Hermès) dan saya akan mencipta satu untuk awak. Apa kata awak lukiskannya untuk memberi saya gambaran rekaan beg yang awak mahukan.”
Mereka berdua berbincang sambil melukis rekaan yang kini digelar sebagai ‘Hermès Birkin Bag’.
#2 Ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang tersebut.
#3 Tidak seperti wanita lain, persepsi Jane Birkin terhadap beg tangan ikonik itu agak berbeza. Jane hanya akan menggunakan satu beg Birkin untuk tempoh yang lama sehingga beg itu rosak sendiri sebelum ia dilelong untuk tujuan kebajikan.
Jane juga lebih cenderung menukar gaya formal beg itu kepada gaya yang lebih ranggi dengan menambah jumbaian rantaian sebagai perhiasan pada beg birkin miliknya serta pelekat dan motif tampalan mengikut cita rasa dan gaya kasual wanita Perancis.
#4 Secara amnya, Jane akan menerima beg Birkin secara percuma sebagai imbuhan kepada penggunaan namanya untuk beg tersebut. Meskipun beliau tidak dibayar semahal jumlah bayaran untuk seorang duta mahupun wajah bagi jenama Hermès sendiri, kini jenama tersebut bersetuju untuk membayar sejumlah wang sebagai royalti atas penggunaan namanya itu kepada Jane yang kemudiannya akan disumbangkan kepada badan kebajikan pilihannya. Media Telegraph pernah melaporkan pada tahun 2012 bahawa jumlah yang dibayar oleh Hermès kepada Jane Birkin adalah £30,000 (RM166,890).
#5 Untuk beg tangan Birkin sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 25 tona biru yang berbeza seperti dilaporkan oleh BBC termasuklah warna biru klasik kegemaran ramai seperti Blue Jean, Mykonos dan Bleu Roi.
#6 Sebuah Hermès Birkin akan memakan masa 48 jam untuk disiapkan. Ini kerana produksinya masih lagi memanfaatkan teknologi lama pembuatan tangan di mana, hanya seorang pengubah yang akan bertanggungjawab ke atas setiap satu pembikinan beg Hermès Birkin. Setiap seorang kakitangan adalah terlatih dan mempunyai kepakaran halus masing-masing bagi menghasilkan sebuah beg tangan ikonik yang bukan sahaja cantik, malah berkualiti membuatkan harganya melambung tinggi.
Tidak seperti kilang produksi lain, difahamkan setiap kakitangan pembuat beg Hermès Birkin mempunyai set ketukangan peribadi yang tidak dikongsi bersama kakitangan lain. Pembuatan beg Birkin adalah rumit sekaligus akan memakan masa mengikut cara individu tertentu menyiapkannya. Ia lebih memudahkan jika seorang kakitangan mempunyai alatan mereka yang sendiri.
#8 Birkin termahal pernah dilelong untuk sejumlah suku juta dollar. Beg Birkin kulit buaya rona merah jambu fuschia itu dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat telah berjaya dilelong kepada seorang pembida bertelefon pada acara lelong Christie di Hong Kong pada Jun tahun lalu.
#9 Tidak susah pun hendak mendapatkan sebuah Birkin jika anda pandai membodek kakitangan butik meskipun baru sahaja melangkah masuk buat kali yang pertama. Yup! Jika anda bertuah hari itu, sudah tentu anda dapat membelinya secara langsung tanpa perlu menulis nama pada senarai menunggu.
#10 Ramai yang keliru dan menyangka Hermès Himalayan Crocodile Birkin adalah nama yang diberikan berdasarkan kulit buaya (diperbuat daripada bunya jenis Niloticus, haiwan Afrika) untuk menghasilnya beg tangan eksotik itu. Namun, anda salah kerana perkataan ‘Himalayan’ adalah merujuk kepada campuran warna pada beg tersebut menggabungkan putih samar bersama coklat keperangan umpama gunung Himalaya yang diliputi salju.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan