Isnin, 14 Mei 2018

Lokasi Persembunyian Jho Low

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Lokasi Persembunyian Jho Low

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan mengetahui lokasi 'persembunyian' ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low ketika ini.

"Kita secara kasarnya tahu di mana dia berada," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Isnin.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada permohonan proses ekstradisi terhadap Jho Low secara rasmi telah dilakukan setakat ini.

Ditanya tentang cara yang akan digunakan untuk membawa pulang Jho Low Dr Mahathir berkata:

"Serahkan kepada kami...saya tidak pergi tangkap orang, kita ada agensi yang akan berbuat demikian," katanya.

Terdahulu, nama Jho Low disebut dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan didakwa melakukan penyelewengan dana berkaitan dengan 1MDB.

Pendakwa raya di Singapura juga menamakannya sebagai individu utama dalam siasatan berkaitan 1MDB, menambah Jho Low menggunakan wang yang dijejaki ada kaitan dengan syarikat pelaburan negara itu untuk kepentingan dirinya sendiri.

Dalam dokumen mahkamah, pendakwa berkata Jho Low menerima sejumlah wang yang besar.

Menurut dokumen itu, kira-kira AS$1 bilion yang sepatutnya digunakan 1MDB untuk pelaburan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd dipesongkan ke dalam akaun bank dimiliki oleh Jho Low, yang kini menghilangkan diri.

Jho Low bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: