loading...
Loading...
Jho Low Diarah Serah Kapal Layar Mewah Bernilai RM989 Juta Yang Di Beli Menggunakan Dana 1MDB?
LOS ANGELES: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low diarahkan untuk mengembalikan kapal layar mewah bernama The Equanimity miliknya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang merancang membawanya dari Indonesia dan menjualnya di AS.
‘Paparan video Di Bawah’
Kapal mewah itu dianggarkan bernilai AS$250 juta (RM989 juta).
Semalam, hakim di Los Angeles, Dale Fisher berkata perintah tersebut tidak menyekat kedaulatan Indonesia di mana sebuah mahkamah bulan lalu mengarahkan kapal layar tersebut dikembalikan kepada Jho Low selepas mendapati penyitaan polis tempatan atas arahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak sah.
“Ini bukan isu kerajaan AS menyita harta secara paksa dalam negara asing tanpa kuasa sewajarnya dari kerajaan negara itu,” kata Fischer.
Sehubungan itu, Fischer mengarahkan pihak yang mempunyai hak milik ke atas kapal layar itu mewakili Jho Low memulangkan kapal tersebut tanpa penyitaan oleh AS di perairan Indonesia.
Pada masa sama, pihak itu boleh mematuhi perintah berkenaan atau sebaliknya, bergantung kepada ‘akibat’ yang mereka mahukan.
Malah pihak terbabit turut diberi tempoh selama 30 hari untuk mencabar keputusan tersebut kerana sifat prosiding yang unik.
Kapal mewah itu dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia pada bulan Februari atas permintaan AS.
Equanimity adalah antara aset-aset bernilai lebih AS$1.5 bilion yang didakwa oleh Amerika Syarikat dibeli dengan menggunakan dana 1MDB secara tidak sah.
sumber Youtube tvOneNews
sumber Mstar
Jho Low beli ‘The Equanimity’ dengan dana 1MDB
Kapal layar mewah hartawan Jho Low “The Equanimity” telah dilaporkan menjadi tempat berlangsungnya majlis parti mewah yang menampilkan selebriti Hollywood.
Kini, pemfailan mahkamah oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa kapal itu telah dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.
Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan semalam, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang di bawah nama “World View Ltd” dalam empat peringkat.
“Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperolehi The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah […],” dakwa DOJ.
DOJ mendakwa dana dipindahkan melalui pelbagai akaun yang dimiliki oleh entiti yang berbeza pada atau kira-kira hari yang sama tanpa tujuan perniagaan yang jelas.
Sebagai contoh, katanya, tidak ada sebab komersial jelas bahawa Low melapisi transaksi itu dengan menyalurkan jumlah wang yang sama melalui pelbagai akaun bank di institusi kewangan yang sama pada atau sekitar hari yang sama.
Jabatan itu berkata Low telah mendakwa dalam emel kepada peguamnya di London dan seorang pegawai kanan bank BSI yang World View Ltd adalah amanah keluarga untuk keluarganya.
DOJ memohon pelucuthakan sivil ke atas kapal layar itu bersama-sama dengan aset lain.
Ini adalah tambahan kepada AS$100 juta hartanah di London yang ia pohon untuk perlucutan hak minggu lalu, di samping pelbagai aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dipohonnya untuk tujuan yang sama pada Julai tahun lepas.
Dalam satu kenyataan akhbar, DOJ berkata jumlah aset yang tertakluk kepada pelucuthakan berhubung dengan dakwaan penyelewengan dana 1MDB, berjumlah hampir AS$1.7 bilion.
Menurut pemfailan semalam, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan telah didaftarkan di Kepulauan Cayman.
Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan ‘experimental shower’ dan kolam mandi.
Ia telah memenangi anugerah “Best in Show” di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.
Satu laporan oleh South China Morning Post (SCMP) tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu.
sumber KiniTV
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan