loading...
Loading...
Ini Yang Berlaku Di Sebalik Kelewatan Pembebasan Anwar Ibrahim:
Proses pengampunan Anwar ambil masa
PUTRAJAYA 14 Mei – Proses pengampunan terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mengambil tempoh masa yang sedikit panjang.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana kerajaan perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Terdahulu, pagi tadi beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Negara dan semua Ketua Setiausaha kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, berikutan arahan bercuti ke atas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tugas bagi proses pengampunan tersebut akan dibuat oleh peguam cara negara
SUMBER : UTUSAN ONLINE
Wan Azizah: Beri masa Anwar rehat sebelum aktif semula
Berikan masa kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berehat dahulu sebelum kembali terlibat dalam politik, kata isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain itu, katanya, ruang harus diberikan agar peralihan kuasa kepada kerajaan hari ini dapat dilaksana dengan lancar dan aman.
Dr Wan Azizah berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghubungi beliau sendiri untuk memaklumkan Lembaga Pengampunan Diraja akan bermesyuarat pada Rabu ini bagi mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berhubung pengampunan dan pembebasan Anwar.
Sebelum itu, Dr Wan Azizah melawat Anwar yang menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Anwar menjalani hukuman 5 tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini.
SUMBER : FMT
Istana Negara: Pengampunan Anwar dimuktamadkan Rabu
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong akan memuktamadkan pengampunan dan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, Sultan Muhammad V berpuas hati dengan semua prosedur berkaitan prosiding oleh Lembaga Pengampunan untuk pembebasan segera ketua umum Pakatan Harapan (PH) itu.
Beliau berkata, mesyuarat itu yang pada awalnya ditetapkan pada Selasa ditangguhkan ke 11 pagi Rabu ini atas permintaan Pejabat Perdana Menteri.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Agong sedia memberi pengampunan diraja dan pembebasan serta-merta kepada Anwar.
Anwar menjalani hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
Anwar yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan 8 Jun ini.
Anwar merupakan pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal gabungan 4 parti itu untuk pilihan raya umum ke-14. Dr Mahathir akan menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik perdana menteri ke-8.

“Perjanjian untuk proses pengampunan ke atas Anwar akan diteruskan tetapi cara yang diikuti mungkin terlewat sedikit kerana perlu ikut aturan dan peraturan.“Kita tidak mahu lari dari undang-undang dan tidak akan lakukan di luar peruntukan undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, pagi tadi beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Negara dan semua Ketua Setiausaha kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, berikutan arahan bercuti ke atas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tugas bagi proses pengampunan tersebut akan dibuat oleh peguam cara negara
SUMBER : UTUSAN ONLINE
Wan Azizah: Beri masa Anwar rehat sebelum aktif semula
Berikan masa kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berehat dahulu sebelum kembali terlibat dalam politik, kata isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain itu, katanya, ruang harus diberikan agar peralihan kuasa kepada kerajaan hari ini dapat dilaksana dengan lancar dan aman.
“Biarlah dia sihat dahulu dan biarlah proses itu (peralihan pemerintahan kerajaan baharu) berlalu dahulu sebelum beliau aktif kembali mengambil bahagian.“Alhamdulillah, dia beransur pulih dan menunggu saat kebebasan dan untuk menyambut Ramadan bersama keluarga dan bertarawih,” kata presiden PKR itu yang turut dinamakan sebagai timbalan perdana menteri bagi kerajaan PH, kepada pemberita hari ini.
Dr Wan Azizah berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghubungi beliau sendiri untuk memaklumkan Lembaga Pengampunan Diraja akan bermesyuarat pada Rabu ini bagi mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berhubung pengampunan dan pembebasan Anwar.
Sebelum itu, Dr Wan Azizah melawat Anwar yang menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Anwar menjalani hukuman 5 tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini.
SUMBER : FMT
Istana Negara: Pengampunan Anwar dimuktamadkan Rabu
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong akan memuktamadkan pengampunan dan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, Sultan Muhammad V berpuas hati dengan semua prosedur berkaitan prosiding oleh Lembaga Pengampunan untuk pembebasan segera ketua umum Pakatan Harapan (PH) itu.
Beliau berkata, mesyuarat itu yang pada awalnya ditetapkan pada Selasa ditangguhkan ke 11 pagi Rabu ini atas permintaan Pejabat Perdana Menteri.
“Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya perkara ini dimuktamadkan pada 16 Mei, Rabu menjelang Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Lembaga Pengampunan itu dipengerusikan Agong dan turut dianggotai perdana menteri serta peguam negara yang akan mempertimbangkan petisyen pengampunan dan pembebasan Anwar.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Agong sedia memberi pengampunan diraja dan pembebasan serta-merta kepada Anwar.
Anwar menjalani hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
Anwar yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan 8 Jun ini.
Anwar merupakan pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal gabungan 4 parti itu untuk pilihan raya umum ke-14. Dr Mahathir akan menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik perdana menteri ke-8.
SUMBER : FMT
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan