Sabtu, 12 Mei 2018

Azmin Dedah Perasaan Sebenar Anwar selepas tonton Dr M angkat sumpah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Azmin Dedah Perasaan Sebenar Anwar selepas tonton Dr M angkat sumpah

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “cukup gembira” untuk menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik semula sebagai perdana menteri malam tadi, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar yang secara teknikalnya menjalani hukuman penjara itu berada di Hospital Rehabilitasi Cheras. Beliau menonton istiadat itu di televisyen malam tadi. Azmin berada di sisi Anwar ketika itu.

“Beliau sangat gembira melihat Mahathir angkat sumpah sebagai perdana menteri dan beliau yakin kepimpinan Mahathir mampu menarik sokongan untuk HARAPAN,” kata Anwar memberitahu wartawan di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Awal hari ini, beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor. Ini kali pertama, Azmin memenangi mandat itu.

Azmin menjelaskan Anwar cukup teruja dengan sokongan orang ramai kepada HARAPAN pada pilihan raya lalu, yang mengubah kerajaan persekutuan untuk pertama kali dalam sejarah.

“Pastinya beliau sangat gembira dengan sokongan orang ramai terhadap HARAPAN pada PRU14.

“Setelah sekian lama dipenjarakan, hal ini mendatangkan kegembiraan besar kepada beliau,” kata Azmin.

Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia malam tadi.
Dalam sidang akhbar sulungnya, Mahathir menegaskan HARAPAN akan berusaha mendapatkan pengampunan diRaja bagi pembebasan Anwar.



Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak ketinggalan menyaksikan majlis bersejarah istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Dalam rakaman video pendek itu Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan berada dalam keadaan tersenyum lebar sambil menonton siaran langsung majlis berkenaan yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir membaca sumpah jawatan itu di depan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut menyertai Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras itu ialah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin.

Bekas timbalan perdana menteri berkenaan kini mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu ekoran pembedahan yang dilaluinya baru-baru ini.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: