Khamis, 10 Mei 2018

Tun Mahathir Kembali Jadi Perdana Menteri Dan Tertua Di Dunia

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tun Mahathir Kembali Jadi Perdana Menteri Dan Tertua Di Dunia

Ekoran kemenangan besar parti politik Pakatan Harapan yang memenangi 113 kerusi berbanding Barisan Nasional 79 kerusi, Pas mendapat 18 kerusi Parlimen, Warisan (8), Bebas (3) dan Parti Solidariti Tanah Airku (1), sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad bakal mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober, 2003.
Selain mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor, Harapan juga menang bergaya apabila berjaya menakluk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah. Manakala, BN hanya berjaya mengekalkan tiga buah negeri iaitu Pahang, Perlis dan Sarawak. Pas pula membuat kejutan apabila kembali menawan kembali Terengganu selain mengekalkan penguasaan di Kelantan.
Melalui kenyataan The Guardian, Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri paling tertua di dunia dengan kuasa tonggak Malaysia. Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Beliau akan hadir di Istana Negara pada 9.30 pagi ini bagi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh dan menerusi sidang media semalam Dr Mahathir juga akan melantik Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri
Rakyat Malaysia akan melihat rombakan besar dalam kabinet Malaysia 2018. Segala kenyataan rasmi ditunggu pada hari ini 10 Mei 2018.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: