loading...
Loading...
Sempena Hari Ibu, Tun Dr Siti Hasmah Dedah Sikap 7 Anaknya Hasil Perkongsian Hidup 62 Tahun Dengan Tun M:
Berada di belakang kejayaan lelaki hebat itu adalah seorang wanita. Begitu juga Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sentiasa bersama wanita dicintainya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kala senang dan susah. Malah video ketika Tun Di Siti Hasmah memberi semangat sebelum Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri juga begitu mencuit hati netizen yang membisikkan perkataan ‘Bismillah.
Tugas sebagai doktor banyak membantu beliau sepanjang bergelar isteri pemimpin.
“Meskipun mereka masyarakat yang berpenyakit, tetapi saya mudah mesra dengan mereka dan sebagai isteri pemimpin itu yang penting sekali.
“Bermesra dan bergaul dengan masyarakat secara tidak lansgung dapat menjaga watak atau karakter kita supaya bukan sahaja bagi gambaran yang baik tetapi secara langsung menjaga nama baik suami.
“Alhamdulillah sepanjang suami menjadi pemimpin, yang buruk itu tiada, apatah lagi yang boleh jejaskan suami. Baik ketika bergelar menteri sehinggalah menjadi orang nombor satu negara,” katanya kepada penulis Zaiton Abdul Manaf ketika sesi semubual sempena Edisi Khas Hari Ibu Majalah Keluarga.
Menurutnya jawatan doktor sedikit sebanyak membantu dalam pergaulan kepada masayarakat.
“Kalau kita tidak tegur, sombong dan wajah itu akan menunjukkan penampilan kita. Justeru sebagai dokor sudah bersidap sedia bagaimana mahu kerjasama dengan masyarakat.
“Tidak kira suami menjadi pemimpin atau tidak, tetapi status yang disandang itu, kita kena bersiap sedia dalam segala hal,” katanya yang sentiasa berada di belakang suaminya dalam apa jua situasi.
“Waktu dulu nak cari pengasuh mudah. Dulu ada ipar duai di rumah yang boleh diharap untuk bantu jaga anak-anak. Begitu juga dengan pembantu rumah yang tua dan berumur yang boleh diharap untuk menjaga anak-anak. Memang mudah dan tidak perlu peningkan kepala seperti sekarang.
“Kami dikurniakan tujuh anak iaitu, Marina, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan Maizura. Yang sulung Marina ada pemikiran sendiri dan sedikit mengikut jejak langlah ayahnya. Berdikari dan tegas dalam pendirian. Yang kedua, Mirzan lebih minat pada kewangan dan pandai uruskan bidang tersebut.
“Yang ketiga pula, Melinda pula sepenuh masa suri rumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa dan dia sangat low profile. Keempat pula Mokhzani pula bijak dalam pengurusan dan kini bekerja dalam industri miyak dan gas. Dia ada karakter seorang pengurus yang cekap baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga.
“Mukhriz pula lebih menjurus kepada saya, Tetapi bab tanggungjawab dia banyak ikut jejak langkah ayahnya. Dia lembut tetapi tegas. Yang keenam Mazhar dan yang ketujuh, Maizura masih bujang dan ada cita-cita tersendiri.
“Cuma sekarang ini hanya bongsu yang belum kahwin tinggal dengan kami kerana lain sudah ada keluarga sendiri. Sebagai ibu saya setiasa galakkan anak-anak dan demikian juga untuk yang bongsu ini. Saya bantu dan galakkan supaya dia tidak rasa ketinggalan dalam keluarga, “ ceritanya lagi tentang perangai anak-anaknya.
Mempunyai tujuh dengan pelbagai karakter tersendiri.
Beliau juga turut bercerita sikap tiga orang anak lelakinya yang masing-masing punyai sifat berbeza.
“Saya anak tiga anak lelaki dan masing-masing ada kerenah tersendiri. Kalau ikutkan anak paling nakal Mokhzani waktu kecil dulu. Tetapi dia yang paling prihatin dalam banyak hal dan sangat pandai melayan andai ada tetamu yang datang.
“Mirzan pula pernah sekali dapat surat daripada ayahnya kerana malas belajar, selepas itu barulah dia berubah.
“Waktu kecil juga, jika ada yang membuat salah dan ayahnya mahu jatuhkan hukuman, semua anak-anak akan panggil supaya mereka dengar apa kesalahan dan denda yang dikenakan,” Jelas Tun lagi yang berkata dia tidak mengamalkan pilih kasih antara anak-anaknya. Sebaliknya bersedia bila-bila masa jika datang bercerita masalah masing-masing.
“Apa juga yang kemudahan tidak datang bergolek jika tidak berusaha. Inilah nilai-nilai murni yang harus diajar kepada anak-anak.
“Apa yang utama kena hormat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua kerja keras, ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu urus wang ringgit dengan bijak,” tambahnya yang memberitahu berkahwin lambat ketika usia 29 tahun. Tetapi bersyuur dikurniakan anak-anak yang bijak daan cerdik dalam pelajaran masing-masing.
Tak pernah ‘miss’ setiap konvo anak-anaknya.
Malah pasangan ini juga sepakat apabila anak-anak lulus dengan cemerlang, mereka akan hadir di konvokesyen dan dipraktikkan pada semua anak-anaknya.
Menurut Tun juga, momen paling indah dalam hidupnya adalah sewaktu melahirkan anak-anak dengan selamat dan membesar dengan baik serta berjaya dalam bidang diceburi.
Berada di belakang kejayaan lelaki hebat itu adalah seorang wanita. Begitu juga Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sentiasa bersama wanita dicintainya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kala senang dan susah. Malah video ketika Tun Di Siti Hasmah memberi semangat sebelum Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri juga begitu mencuit hati netizen yang membisikkan perkataan ‘Bismillah.
Ternyata wanita berusia 92 tahun ini sejujurnya mengakui tidak pernah menyiapkan diri sebagai isteri Perdana Menteri, sebaliknya jawatan doktor yang disandang banyak membantunya. Bercakap pada Majalah Keluarga, Tun Dr Hasmah berkata cabaran sentiasa ada tetapi kerana sudah biasa berkecimpung dengan masyarakat.A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on May 10, 2018 at 7:05am PDT
“Meskipun mereka masyarakat yang berpenyakit, tetapi saya mudah mesra dengan mereka dan sebagai isteri pemimpin itu yang penting sekali.
“Bermesra dan bergaul dengan masyarakat secara tidak lansgung dapat menjaga watak atau karakter kita supaya bukan sahaja bagi gambaran yang baik tetapi secara langsung menjaga nama baik suami.
“Alhamdulillah sepanjang suami menjadi pemimpin, yang buruk itu tiada, apatah lagi yang boleh jejaskan suami. Baik ketika bergelar menteri sehinggalah menjadi orang nombor satu negara,” katanya kepada penulis Zaiton Abdul Manaf ketika sesi semubual sempena Edisi Khas Hari Ibu Majalah Keluarga.
SENTIASA SOKONG SUAMI
“Masyarakat sangat menghormati doktor kerana kita membuat kebaikan. Keduanya bagaimana kita berusaha dengan masarakat dengan berhubung rapat dengan mereka.“Kalau kita tidak tegur, sombong dan wajah itu akan menunjukkan penampilan kita. Justeru sebagai dokor sudah bersidap sedia bagaimana mahu kerjasama dengan masyarakat.
“Tidak kira suami menjadi pemimpin atau tidak, tetapi status yang disandang itu, kita kena bersiap sedia dalam segala hal,” katanya yang sentiasa berada di belakang suaminya dalam apa jua situasi.
Bercerita tentang tugasnya sebagai ibu, beliau yang mempunyai tujuh orang anak hasil perkongsian hidup 62 tahun bersama Tun M, tersenyum sambil bercerita.A post shared by Dato’ Seri Mukhriz Mahathir (@mukhrizofficial) on Jun 25, 2017 at 7:48pm PDT
SETIAP ANAK ADA KARAKTER MASING-MASING
“Sebagai ibu pula, lebih-lebih lagi apabila kita sebagai kita sebagai pegawai kerajaan. Kena bijak atur masa sebagai isteri, ibu dan tidak lupa wanita berkerjaya. Soal masa tidak timbul kerana tidak ada banyak masalah.“Waktu dulu nak cari pengasuh mudah. Dulu ada ipar duai di rumah yang boleh diharap untuk bantu jaga anak-anak. Begitu juga dengan pembantu rumah yang tua dan berumur yang boleh diharap untuk menjaga anak-anak. Memang mudah dan tidak perlu peningkan kepala seperti sekarang.
“Kami dikurniakan tujuh anak iaitu, Marina, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan Maizura. Yang sulung Marina ada pemikiran sendiri dan sedikit mengikut jejak langlah ayahnya. Berdikari dan tegas dalam pendirian. Yang kedua, Mirzan lebih minat pada kewangan dan pandai uruskan bidang tersebut.
“Yang ketiga pula, Melinda pula sepenuh masa suri rumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa dan dia sangat low profile. Keempat pula Mokhzani pula bijak dalam pengurusan dan kini bekerja dalam industri miyak dan gas. Dia ada karakter seorang pengurus yang cekap baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga.
“Mukhriz pula lebih menjurus kepada saya, Tetapi bab tanggungjawab dia banyak ikut jejak langkah ayahnya. Dia lembut tetapi tegas. Yang keenam Mazhar dan yang ketujuh, Maizura masih bujang dan ada cita-cita tersendiri.
“Cuma sekarang ini hanya bongsu yang belum kahwin tinggal dengan kami kerana lain sudah ada keluarga sendiri. Sebagai ibu saya setiasa galakkan anak-anak dan demikian juga untuk yang bongsu ini. Saya bantu dan galakkan supaya dia tidak rasa ketinggalan dalam keluarga, “ ceritanya lagi tentang perangai anak-anaknya.
Beliau juga turut bercerita sikap tiga orang anak lelakinya yang masing-masing punyai sifat berbeza.
“Saya anak tiga anak lelaki dan masing-masing ada kerenah tersendiri. Kalau ikutkan anak paling nakal Mokhzani waktu kecil dulu. Tetapi dia yang paling prihatin dalam banyak hal dan sangat pandai melayan andai ada tetamu yang datang.
“Mirzan pula pernah sekali dapat surat daripada ayahnya kerana malas belajar, selepas itu barulah dia berubah.
“Waktu kecil juga, jika ada yang membuat salah dan ayahnya mahu jatuhkan hukuman, semua anak-anak akan panggil supaya mereka dengar apa kesalahan dan denda yang dikenakan,” Jelas Tun lagi yang berkata dia tidak mengamalkan pilih kasih antara anak-anaknya. Sebaliknya bersedia bila-bila masa jika datang bercerita masalah masing-masing.
TAK MANJA DENGAN KEMEWAHAN
Wanita pertama negara ini juga tidak manjakan anak-anak dengan kemewahan. Sebaliknya beliau tegaskan kepada anak-anak jika mahu sesuatu perlu berusaha sendiri.“Apa juga yang kemudahan tidak datang bergolek jika tidak berusaha. Inilah nilai-nilai murni yang harus diajar kepada anak-anak.
“Apa yang utama kena hormat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua kerja keras, ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu urus wang ringgit dengan bijak,” tambahnya yang memberitahu berkahwin lambat ketika usia 29 tahun. Tetapi bersyuur dikurniakan anak-anak yang bijak daan cerdik dalam pelajaran masing-masing.
Malah pasangan ini juga sepakat apabila anak-anak lulus dengan cemerlang, mereka akan hadir di konvokesyen dan dipraktikkan pada semua anak-anaknya.
Menurut Tun juga, momen paling indah dalam hidupnya adalah sewaktu melahirkan anak-anak dengan selamat dan membesar dengan baik serta berjaya dalam bidang diceburi.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan