Sabtu, 5 Mei 2018

Senario Politik Pulau Kambing....'Duduk sebeloh, dok baloh'

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Senario Politik Pulau Kambing....'Duduk sebeloh, dok baloh'

Kedudukan markas Pas, BN dan PKR yang duduk bersebelahan di Kampung Pulau Kambing tidak mencetuskan sebarang provokasi malah lebih merapatkan ukhuwah yang terjalin sesama mereka.

KUALA TERENGGANU – Kecenderungan politik yang berbeza tidak membatasi hubungan antara komuniti di Kampung Pulau Kambing malah kemeriahan PRU kali ini makin dirasai dengan terbinanya tiga markas parti berlainan di lokasi yang sama.
Walaupun ia telah dibina sejak hampir dua minggu, selepas parlimen dibubarkan secara rasmi, tiada sebarang provokasi yang singgah malah lebih menyerlahkan keharmonian yang terjalin antara kesemua jentera parti.

Wakil markas BN, Miharmizy Mohamed, 28, berkata, pada mulanya markas PKR dibina siikuti Pas dan BN.
Menurutnya, permuafakatan yang terjalin mendorong untuk mereka bergading bahu membina markas untuk tiga parti yang akan bertanding di N14 Dun Bandar dan P036 Parlimen Kuala Terengganu itu.

 “Pada awal pembinaan, setiap daripada kami juga saling bantu-membantu walaupun hakikatnya kami berbeza fahaman dan ideologi politik,”

“Setakat ini tiada sebarang provokasi yang timbul malah kita akan berbincang terlebih dahulu dan mendapat persetujuan semua untuk beri laluan parti mana untuk adakan aktiviti malah beberapa calon melawat markas ini,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Kambing berkata, memandangkan kesemua mereka tinggal sekampung, tiada sebarang masalah atau perselisihan yang timbul dalam hubungan antara mereka walaupun ada antaranya menyokong dan menjadi pengikut parti yang berlawanan.

“Kita semua satu kampung malah berjiran. Tiada masalah untuk sama-sama menonjolkan parti yang menjadi pilihan masing-masing malahan kita sama-sama memeriahkan suasana dalam kampung.

“Bagi kami, tidak perlulah terlalu ekstrem dalam berpolitik sehingga mengetepikan hubungan silaturahim. Kita sama-sama tinggal di dalam satu kampung.
“Untuk undi parti mana itu adalah hak masing-masing. Janganlah sampai bermasam muka sekiranya parti yang kita sokong tidak mendapat sokongan pihak yang kita kehendaki,” katanya.

Sementara itu, menjawab persoalan mengenai persetujuan dicapai dalam membina markas bersebelahan, Ketua Cawangan Pas Bandar Baru, Wan Muhamad Zaini Wan Yahya, 67, berkata, keputusan itu diambil bagi menyahut seruan pucuk pimpinan supaya mengamalkan politik matang dan sejahtera.

“Antara objektif kita ialah untuk mendekati semua golongan di semua peringkat. Jadi, soal pemilihan lokasi itu adalah tepat kerana ia lokasi tumpuan penduduk kampung. Silaturahim antara kami terjalin sejak dulu lagi, biarpun berlainan parti.

“Sejak sekian lama kami bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam banyak perkara ia sekali gus menghindari budaya negatif sepanjang PRU14,” katanya.

Sementara itu, wakil markas PKR, Mohd Rozi Abdul Aziz, 52, berkata, kedudukan markas yang bersebelahan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada semua ahli ketiga-tiga parti bertanding pada PRU kali ini.

“Kami hanya berlainan parti politik namun hubungan persaudaraan kami tetap sama. Memandangkan markas kami berdekatan, semua ahli sentiasa menjaga sensitiviti parti masing-masing dan tidak mencetuskan sebarang provokasi,” katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: