Rabu, 16 Mei 2018

Pak Wan Cerita Mahathir Suka Tolong Orang

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Pak Wan Cerita Mahathir Suka Tolong Orang

BALING - Kawan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemimpin utama negara itu suka membantu masyarakat ketika berkhidmat dalam bidang kedoktoran.

Wan Karma Wan Ismail,95, berkata, peribadi pemimpin itu dikenali ketika mereka berdua berurusan dalam perniagaan menjual ubat-ubatan pada tahun 50 an.

Katanya yang mesra dipanggil Pak Wan, pelanggan tidak berkemampuan diberikan perkhidmatan percuma tanpa mengira latar belakang kaum.

“Ubat Pak Wan jual kebanyakan dibeli daripada Mahathir, selebihnya ubat tradisional. Pak Wan tak dapat nak ingat tarikh tepat bila kami berurusan.

“Mahathir suka tolong orang. Kalau orang datang di klinik di pekan Alor Setar dan tak ada duit nak bayar duit ubat, dia bagi percuma saja,” katanya.


Dia berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Tembak B, semalam.
Katanya, Mahathir juga menjadi tempat rujukan terbaik bagi bertanya apa sahaja berkaitan bidang perubatan.

Menurutnya, kepakaran Mahathir dalam bidang tersebut tidak boleh dinafikan, pemimpin itu dapat memberikan penerangan terperinci bagi setiap jenis dan fungsi ubat.

“Sebelum jual, Pak Wan akan tanya kepada Mahathir tentang nama ubat dan fungsi. Semuanya dijelaskan dengan baik.

“Itu memang bidang dia, Mahathir cukup cekap dalam bidang tu,” katanya.

Tambahnya, ubat dibeli daripada Mahathir berkesan kepada pesakit dan sentiasa mendapat permintaan.

Pak Wan berkata, selama berurusan hampir dua tahun Mahathir didapati kurang bercakap perkara tidak penting.

“Apa yang Pak Wan kenal, Mahathir tak banyak bercakap soal tak penting bagi dia.
“Dengan Pak Wan pun dia cuma sembang pasal ubat saja. Dia juga memang seorang yang tegas,” katanya.

Pak Wan berkata, hubungannya dengan Mahathir tidak kekal selepas dia mengambil keputusan membuka perniagaan menjual papan membuat bot dan tongkang di daerah Yan.
Menurutnya, bidang baharu itu diceburi sekitar awal tahun  60 an.

“Kami tak berhubung sejak hari tu sampai sekarang. Waktu itu permintaan papan cukup laku. Sekeping papan lebar tujuh inci, panjang 36 kaki berharga RM25.

“Sebab tu Pak Wan dah tak jual ubat. Kali terakhir kami terserempak di kaki lima pekan Alor Setar. Dia angkat tangan ketika nak buka klinik, Pak Wan pula pelawa minum,” katanya.

Pak Wan berkata, Mahathir pemimpin yang baik walaupun sering dikecam pihak lain
“Dia baik kerana ada kesabaran. Berselisih pandangan dengan orang lain itu perkara biasa,” katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: