loading...
Loading...
Villagio Indah Di Mata, Pilu Di Poket
PADA awal-awal dulu aku pernah sebut tentang satu pusat beli belah bernama Villagio.
Kebetulan pula seminggu ini Izman, jurutera Airbus Malaysia, rakan sepejabat aku dulu, datang ke Doha atas urusan kerja.
Apabila cadangan dia untuk berjalan-jalan ke Villagio disuarakan, aku pun dengan muka tak malu mahu mengikut. Maklumlah, aku mana ada kenderaan nak ke sana.
mstar
PADA awal-awal dulu aku pernah sebut tentang satu pusat beli belah bernama Villagio.
Kebetulan pula seminggu ini Izman, jurutera Airbus Malaysia, rakan sepejabat aku dulu, datang ke Doha atas urusan kerja.
Apabila cadangan dia untuk berjalan-jalan ke Villagio disuarakan, aku pun dengan muka tak malu mahu mengikut. Maklumlah, aku mana ada kenderaan nak ke sana.
Jika naik teksi mahu 80 riyal juga tambang pergi balik. Itu belum kira nak makan lagi. Jadi, peluang yang tiba itu jangan dipersiakan.
Villagio Mall merupakan salah satu pusat beli-belah yang terbesar di Doha. Terletak di Aspire Zone di hujung barat Doha.
Terletak di Al Waab Street, bersebelahan dengan Menara Aspire dan mempunyai 200 kedai di dalamnya, pusat beli-belah itu menjual pelbagai produk terkemuka dari Amerika Syarikat, Itali, German dan lain-lain.
Apa yang menarik di sana ialah reka bentuk hiasan dalaman Villagio.
Bumbungnya dihias dengan awan gemawan bagi memberi satu rasa pengalaman kepada pengunjungnya seolah-olah mereka berada di kawasan tidak berbumbung.
Bumbungnya dihias dengan awan gemawan bagi memberi satu rasa pengalaman kepada pengunjungnya seolah-olah mereka berada di kawasan tidak berbumbung.
Deretan kedainya pula dihias bagi melengkapi konsep membeli-belah di jalanan. Ia bersepadan dengan bumbung awan tadi.
Selain itu, terdapat sungai buatan di tengahnya yang menyusur dari hujung ke hujung.
Dengan bayaran 25 riyal satu kepala, pengunjung boleh menyewa sampan yang akan membawa mereka bersiar-siar di sekitar Villagio.
Ini seperti pusat beli belah The Mines di Malaysia yang terletak di Cheras.
Malangnya, oleh kerana Villagio menjadi pusat beli-belah yang ternama, barangan yang dijual di sini agak mahal berbanding di tempat lain.
Satu-satu produk perbezaan harganya boleh mencecah ke 50 hingga 100 riyal. Kadang lebih lagi.
Aku pernah ingin membeli seluar pendek. Namun hasrat itu dibatalkan kerana harganya mencecah 300 riyal sepasang.
Kalau aku ke Souq Philipine atau City Center mungkin sekitar 150 riyal sahaja.
Selalunya, kami datang hanya untuk cuci mata ataupun memang ada produk yang terpaksa dibeli kerana hanya ada di sini tidak di tempat lain.
Ada satu kedai yang menjadi tarikan kami. Selalunya memang kedai inilah menjadi tujuan utama kami datang ke Villagio.
Kedai tersebut ialah Virgin Megastore. Menjual barangan elektronik dan gajet, kebanyakan produknya tidak berada di tempat lain dan pilihan produk juga lebih pelbagai berbanding Jarir Bookstore.
Di Villagio ini juga terdapat Carefour. Malahan di kebanyakkan pusat beli belah mesti ada Carefour. Pernah terjadi di Carefour ini, seorang Qatari menegur kami.
"Malaysian?" tanya dia.
"Ya, ya," jawab aku dan Anifi.
"Ah! Apa khabar? Malaysia boleh! Hahaha," gelak dia.
Anifi pernah mengajak aku menonton wayang di sini, kerana hanya di Villagio mempunyai panggung IMAX. Tetapi harga tiketnya, masya-Allah, 45 riyal seorang. Lebih baik pergi makan di restoran TGIF.
Selain TGIF ada satu restoran Mongolia yang menjadi kegemaran aku. Tetapi entah kenapa setiap kali makan di situ, aku teringat seseorang. Siapakah? Alah, kau orang mesti kenal punya.
Di sini juga aku pernah bertekak dengan seorang jurujual di kedai sukan. Jika tidak Anifi yang menahan aku, sudah tentu berbakul jurujual itu aku marahi. Apa kes? Minggu depanlah aku cerita, ok?
mstar
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan