loading...
Loading...
“Siapa la letak kuih kochi atas Kepala idayu ni,?”
Konsert AF Megastar yang keempat telah berlangsung pada malam Ahad lalu dan telah menampilkan 10 orang peserta yang masih bertahan dalam pertandingan tersebut dengan membawakan lagu bertemakan rock sebagai genre pilihan pada konsert tersebut.
Salah seorang peserta iaitu Idayu telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan kelunakan suaranya membawakan lagu Sesal Separuh Nyawa nyanyian asal Datin Alyah. Idayu juga turut menerima pujian daripada juri, Ramli MS.
Dalam pada itu, Idayu juga turut mencuri perhatian pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang yang juga memuji nyanyian Idayu cuma dia tidak dapat menerima kuih koci di atas kepala Idayu dan juga jaket yang disarungkan oleh Idayu pada malam itu.
Kuih koci yang dimaksudkan oleh Michael itu sebenarnya merupakan sanggul rambut Idayu.
Kenyataan ini dikongsikan oleh Michael sendiri menerusi akaun Twitternya.
“Idayu pun bagus mlm ni! Just cannot get over the kuih kochi atas Kepala and jacket yg mcm Dari film Hindustan 70an.
“Siapa la letak kuih kochi atas Kepala idayu ni,” tulis Michael.
Tweet dari Michael tentang penampilan Idayu ini turut menggelikan hati netizen yang rata-ratanya ketawa selepas membaca tweet tersebut.
Apapun fesyen yang Idayu gayakan tidak menjadikan masalah sebenarnya kerana yang penting adalah vokal Idayu sendiri. Semoga perjalanan Idayu dalam AF Megastar akan sampai ke final.
Sumber: Twitter Michael Ang
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan