Sabtu, 23 September 2017

India sembur cili, bom tangan halang Rohingya masuk

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
India sembur cili, bom tangan stun halang Rohingya masuk

NEW DELHI 22 Sept. - Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF) menggunakan penyembur cili dan bom tangan `stun’ untuk menghalang pelarian etnik Rohingya memasuki negara ini melalui Bangladesh.
BSF telah diberi kuasa untuk menggunakan kaedah `kasar dan kejam’ bagi menghentikan cubaan etnik berkenaan menyusup masuk ke negara ini.


``Kami tidak mahu menyebabkan sebarang kecederaan serius atau menahan mereka (etnik Rohingya) tetapi kami tidak boleh menerima mereka di bumi India,’’ kata seorang pegawai kanan BSF.
Beliau berkata pihaknya menggunakan bom tangan yang mengandungi penyembur cili untuk menghalang beratus-ratus etnik Rohingya yang cuba memasuki India dan keadaan di kawasan terbabit kini tegang.
India telah memaklumkan akan mengusir 40,000 etnik Rohingya yang tinggal negara ini dengan alasan risiko keselamatan. - Reuters

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: