Ahad, 10 September 2017

10 Tip Untuk Penjawat Awam Agar Dapat Beli Hingga 6 Buah Rumah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
10 Tip Untuk Penjawat Awam Agar Dapat Beli Hingga 6 Buah Rumah

Oleh : Harith Faisal

Sampai sekarang, saya masih anggap penjawat awam ada unfair advantage untuk beli rumah banyak-banyak berbanding pekerja swasta. Unfair advantage tu adalah dari segi kelulusan bank dan juga kemudahan yang disediakan kerajaan untuk semua penjawat awam.

Untuk penjawat awam, kerajaan ada bagi pembiayaan rumah sampai 100% tau melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Maksudnya, kalau nak beli rumah RM500,000 boleh dapat RM500,000 penuh, kalau layak. Tak macam bank, 90% je biasanya.

Yang pastinya, penjawat awam bergaji RM3,000 lebih mudah nak beli rumah kalau kita nak bandingkan dengan pekerja swasta yang dapat gaji sama, komitmen yang sama, rekod CCRIS yang sama, harga rumah yang sama, dengan bank yang sama.

Tapi, saya konfiden gila yang ramai penjawat awam tak tahu pun pasal benda ni semua. Pasal tu kita boleh baca berita ada sampai 60% penjawat awam masih menyewa atau duduk kuarters dan takda rumah sendiri. Sedih sangat, kan. Tapi itulah realitinya.

Benda ni berlaku sebab, bank memang lebih mudah bagi kelulusan untuk beli rumah. Pada masa yang sama, bank juga lebih mudah bagi kelulusan pembiayaan peribadi kat penjawat awam ni. Jadi, buat apa beli rumah cepat-cepat sedangkan ada kuarters kan? Buat apa simpan duit untuk kahwin kalau boleh mohon pembiayaan peribadi, kan?

Sentap tak sentap lain cerita. Tapi ramai dah follower saya yang mengaku pasal benda ni, tak kurang juga client 1-on-1 saya yang datang jumpa dengan saya cerita benda yang sama. Jadi, bagi saya benda ni memang valid dan banyak berlaku dalam kalangan penjawat awam.

Berbalik pada cerita penjawat awam boleh senang-senang beli 6 buah rumah. Iya! Secara asasnya lebih senanglah berbanding orang kerja swasta macam saya ni. Tapi, janganlah lurus bendul sangat. Aduh! Senang tu bukan maknanya setahun boleh beli 6 buah rumah terus.

Kalau tak dapat beli 2-3 buah rumah dalam masa setahun pun takpa. Dapat sebiji setahun pun dah okay sangat. Jangan nak ikut orang lain membabi buta kalau rezab tunai pun baru seciput. Yang penting, kau kena ada perancangan untuk membeli rumah lagi dan lagi.

Okay! Macam mana nak beli 6 rumah?

1. Setiap orang layak untuk dapat Margin of Financing (MOF) sampai 90%-100% untuk rumah pertama dan 90% untuk rumah kedua daripada bank. Bermaksud bank berikan pembiayaan sebanyak 90% daripada harga rumah. Baki lagi 10%, perlu disediakan oleh pembeli sendiri.

2. Tapi, bergantung kat kekuatan kewangan dan skor kredit kaulah. Kalau banyak sangat yang tak okay, mungkin kau dapat 80% je. Bank pun tak berani nak bagi banyak kat kau. Antara sebab tak dapat MOF tinggi:

1. Komitmen tinggi
2. Gaji kecil
3. Simpanan takda
4. CCRIS tak elok
5. CTOS ada rekod buruk
6. Takda rekod CCRIS
7. Penggunaan kad kredit tinggi
8. Rumah master title

3. Tapi, kan. Kalau dah teruk sangat, bukan setakat kau tak dapat MOF tinggi, malah permohonan kau terus masuk bakul sampah. Maksudnya, kalau banker proses pun, memang takkan lulus tak kiralah kau penjawat awam ataupun pekerja swasta.

4. Katakan kau suami isteri adalah pekerja swasta. Kau boleh beli rumah pertama dan kedua dengan mudah sebab dapat MOF yang tinggi iaitu sampai 90%-100% macam yang saya sebut kat perenggan sebelum ni.

5. Bila dah selesai 4 kuota rumah dengan MOF hingga 90%-100%, boleh dah rasa lega. Dua rumah pembiayaan nama suami, dua rumah pembiayaan nama isteri. Jadi, selepas tu kena kerja kuat lagilah untuk beli rumah lain lagi sebab MOF dah jadi 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya. Secara asasnya, kau perlu sediakan baki 30% daripada harga rumah dengan duit sendiri.

6. Contoh rumah RM300,000 kau kena sediakan RM300,00 x 30% = RM90,000. Itu baru baki harga rumah. Tak masuk lagi legal fee, valuation fee sekitar 5% kalau benda tu tak capitalized dalam pembiayaan rumah kau.

7. Untungnya kakitangan kerajaan, boleh dapat lagi MOF hingga 100% untuk rumah ketiga dan seterusnya guna manfaat pembiayaan penuh LPPSA. Kalau suami dan isteri kakitangan awam, boleh dapat 6 buah rumah dengan MOF hingga 90%-100%.

Okay, faham?
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: