Jumaat, 29 September 2017

Nafsu Buas Datuk Tiri ,Pelajar Hamil 5 Minggu Mahu Bunuh Diri Terjun Bangunan Asrama

terimakasih sudi like
loading...
Loading...

Nafsu Buas Datuk Tiri ,Pelajar Hamil 5 Minggu Mahu Bunuh Diri Terjun Bangunan Asrama


Ungkapan “Haruan makan anak” atau “Harapkan pagar, pagar makan padi” memang sudah cukup sinonim jika dikaitkan dengan isu gejala sosial yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Istilah rogol atau bahasa sopannya perkosa, memang dah tak kenal siapa. Bukanlah pelik apabila kita didendangkan perkhabaran bapak rogol anak, abang rogol adik, datuk rogol cucu hatta cucu rogol nenek pun ada (Memang dasar cucu hantu!).
Baru-baru ini kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua asrama sekolahnya kira-kira jam 2.50 pagi, 21 September ,dipercayai tertekan akibat daripada perbuatan datuk tirinya yang berusia 54 tahun merogol mangsa sehingga hamil.
Hanya kerana nafsu,datuk tiri merogol cucunya sendiri dan menghasilkan benih keturunannya sendiri.
Pada mulanya,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, polis yang menjalankan siasatan awal bagaimanapun tidak dapat menentukan punca pelajar terbabit cuba membunuh diri serta gagal mengesan siapa bapa bayi yang dikandungnya.
Berikutan itu, Rabu lalu pegawai sosial perubatan Hospital Sri Aman menemubual pelajar terbabit dan akhirnya dia mendedahkan perkara sebenar.
Perkara itu diketahui selepas pihak Hospital Sri Aman mengesan pelajar terbabit sedang hamil lima minggu ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Mangsa mendedahkan bahawa dia dirogol oleh datuk tirinya sebanyak dua kali dalam bulan Ogos lalu.
“Selepas mendengar pengakuan mengejutkan itu, pegawai sosial perubatan terbabit membuat laporan di Balai Polis Sri Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan polis selepas itu mendapati kejadian pertama berlaku pada awal bulan Ogos selepas datuk tirinya mengambil mangsa dari asrama untuk membawanya pulang ke rumah pada hujung minggu.
Difahamkan, dalam perjalanan pulang, suspek membawa mangsa ke sebuah pondok di ladang kelapa sawit dan merogolnya.
“Kejadian kedua pula berlaku kira-kira seminggu kemudian di sebuah rumah panjang di Sembayang, Sri Aman apabila mangsa dirogol di ruang tamu ketika ahli keluarga lain sedang tidur,” katanya.
Dev berkata, selepas siasatan awal itu, kira-kira jam 11 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Sri Aman menjejaki suspek di sebuah pondok di sawah padi miliknya di Sembayang.
“Ketika anggota polis tiba di pondok itu, suspek ditemui terbaring di atas tanah di belakang pondok dengan mulut berbuih dan dalam keadaan separuh sedar. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sri Aman dengan kenderaan polis.
“Bagaimanapun, pada jam 5 pagi tadi, suspek yang bekerja sebagai petani disahkan meninggal dunia di Hospital Sri Aman,” katanya.
Beliau berkata,siasatan awal polis dan pihak hospital mendapati suspek membunuh diri dengan meminum racun serangga perosak.
Justeru,perkara tersebut dikategori sebagai sumbang mahram perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah / nasab (keturunan) dengan mangsa. Hubungan seperti ini diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang secara biologinya lemah dan keturunan ini dilaknat oleh Allah s.w.t.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: