Khamis, 21 September 2017

Kedai Rakyat 1 Malaysia Tutup,, Pekerja Sibuk Bungkus Barang

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Kedai KR1M ditutup, pekerja sibuk bungkus barang


Hasil tinjauan ke beberapa premis itu sekitar Lembah Klang hari ini mendapati kedai tersebut tidak lagi beroperasi, lapor Malaysiakini. 

“KR1M akan ditutup buat sementara waktu. Segala kesulitan amat dikesali,” kata notis yang ditampal pada kedai itu.

Penutupan berlaku termasuk di Pudu, Bandar Tun Razak, Desa Mentari, Kelana Jaya, Shah Alam dan Petaling Jaya Utara

Tinjauan di Kelantan pula mendapati langkah sama dibuat di semua KR1M dan kerja mengemas barang dilakukan sejak dua minggu lalu.

Seorang pekerjanya memaklumkan penutupan tersebut hanya “sementara” sementara proses pertukaran pengurusan baru.

“Saya dimaklumkan ia juga melibatkan cawangan KR1M di negeri Terengganu dan Pahang bagi kawasan Pantai Timur,” katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada langkah penutupan itu turut diambil di negeri lain di Malaysia.

Akhir Julai lalu, pengarah urusan Mydin berkata perniagaan KR1M “tanggungjawab sosial korporat yang rugi besar”.

“Mereka yang kenal saya, akan tahu apa Mydin harus tanggung demi menjalankan proses tanggungjawab sosial korporat ini,” kata Datuk Ameer Ali Mydin


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: