loading...
Loading...
Hebatnya Syahid Mereka,,,,,Belum Sempat Darah Menitis Ke Bumi, BIDADARI Sudah Menanti !
“Mereka SYAHID AKHIRAT”.. Belum Sempat Darah Menitis Ke Bumi, BIDADARI Sudah Menanti ! | MANGSA kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, di Kuala Lumpur, adalah disifatkan sebagai syahid akhirat.
ULAS MUFTI PAHANG
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, semua yang maut dalam insiden menyayat hati itu adalah syahid akhirat.
“Syahid akhirat ini jenazah mereka perlu dikafan dan disolatkan seperti biasa. Golongan ini akan mendapat keistimewaan di akhirat nanti.
“Ia berbeza dengan syahid dunia yang meninggal dalam jihad fi sabilillah (berjuang di jalan Allah), jenazah mereka tidak perlu mandi dan dikafan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman yang diminta mengulas mengenai penyebaran gambar mangsa kebakaran itu dalam media sosial menasihatkan masyarakat supaya tidak berbuat demikian.
“Tindakan sedemikian akan melukakan hati keluarga mangsa. Ia perlu dielakkan. Lebih baik masyarakat mendoakan semua mangsa berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, mendoakan keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa serta semoga mangsa termasuk dalam golongan syuhada.
Menurutnya, berdasarkan riwayat Abu Daud, orang yang mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh orang termasuk korban kebakaran.
KEISTIMEWAAN MATI SYAHID
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,”Tidaklah tanah ini kering daripada darah orang mati syahid sehingga dia segera dijemput oleh dua isterinya (dua bidadari); seakan-akan keduanya ibu yang menyusui (anak orang lain kerana kasihan). Mereka berdua melindungi asuhannya di tanah kosong yang ditangan keduanya terdapat hullah (semacam baju yang berlapis) yang nilainya lebih baik daripada dan seisinya.” [Riwayat Ibnu Majah]
Begitu besar kelebihan orang yang mati syahid. Belum sempat darahnya menitis ke bumi, jasadnya sudah ditunggu dan dinantikan oleh bidadari di dalam syurga.
Perumpamaan yang diberikan seperti ‘ibu yang menyusu anak’ membawa maksud perlakuan seorang ibu yang mengasihi dan mendodoi anak dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Begitulah perumpamaan yang diberikan kepada orang yang mati syahid.
Itulah yang diucapkan seorang daripada mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung, Mohd. Shamin Che Azmi,18, kepada ibunya semasa dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
“Ustaz suruh kami selamatkan diri”.
Itulah yang diucapkan seorang daripada mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung, Mohd. Shamin Che Azmi,18, kepada ibunya semasa dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Ibunya, Norizan Omar, 52, berkata, beliau begitu terharu dengan tindakan kedua-dua guru pusat tahfiz tersebut yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi membantu pelajar-pelajar dibawah jagaan mereka selamat.
Katanya, anaknya yang melecur di muka, telinga dan kaki bagaimanapun turut terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan pelajar-pelajar tahfiz yang lain ketika api begitu marak menjilat tempat mereka menuntut ilmu tersebut.
“Anak saya sangat rapat dengan pelajar-pelajar yang lain dan menganggap mereka seperti adiknya sendiri.
“Ketika kebakaran berlaku ramai pelajar terutamanya yang masih muda sedang tidur. Api datang dari pintu utama menyebabkan mereka terperangkap dan tidak dapat keluar dan menyelamatkan diri,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di Lobi Utama Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sementara itu, Norizan memberitahu anaknya dapat menyelematkan diri kerana dia berjaya memecahkan jeriji besi di tingkap dan turun melalui saluran paip sebelum terjun.
“Saya berasa lega kerana dia selamat dan redha dengan kejadian ini. Saya sedih juga melihat mangsa-mangsa yang terkorban kerana mereka sangat mesra dengan saya apabila saya datang melawat Mohd. Shamin,” ujarnya

0 ulasan:
Catat Ulasan