loading...
Loading...
Ubati Kaki Kering Dan Berkerak Dengan Listerine
Pernah tak terpandang kaki orang lain dan perkara pertama yang terlintas di fikiran anda adalah, “oh tidak, kering dan berkerak!”
Sebelum menghakimi orang lain, apa kata tengok dulu kaki sendiri. Mesti ramai turut menghadapi masalah yang sama.
Semakin banyak anda berjalan setiap hari, ia akan membuatkan kulit kaki anda kering dan jika tidak dirawat akan menyebabkannya lebih teruk lagi. Bertenang, mudah sahaja rawatan dan ianya boleh dibuat di rumah. Bahan yang diperlukan pula hanyalah Listerine.
Ya, bukan sahaja berkesan untuk membersihkan gigi, Listerine juga boleh dijadikan bahan untuk merendam dan memanjakan kaki anda.
Bagaimana Listerine boleh membantu kaki anda? Sama seperti fungsinya untuk membuatkan mulut terasa segar, ia juga akan membantu memberi kesegaran pada kaki.
Bahan yang terkandung dalam Listerine seperti menthol, thymol, methyl salicylate, dan eucalyptol bertindak sebagai antiseptik dan baik untuk tubuh manusia.
Alkohol jenis Ethanol yang terkandung dalam bahan ini pula membantu dalam melembutkan kulit kaki dan menyingkirkan sel kulit mati.
Cara membuat air rendaman kaki Listerine
- 1/4 cawan Listerine
- Air suam
- 1 bekas plastik yang mampu memuatkan kaki anda untuk direndam
Campurkan semuanya sekali dan tenangkan diri anda ketika kaki dimasukkan dalam air rendaman. Sambil itu bolehlah baca buku atau merias kuku dan selepas setengah jam bilas dengan air biasa.
Lakukan rutin ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Cepat cuba, dan kongsikan pengalaman anda di sini ya
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan