loading...
Loading...
Kisah Biskut Mayat Berharga RM 85,000
Adakah anda seorang peminat biskut kering? Biskut berbentuk segi empat sama, berlubang-lubang, ada yang kosong dan ada yang diselaputi butiran gula.
Biskut kering yang dicicah dengan air teh atau kopi, walaupun ringkas, tapi sangat menyelerakan terutamanya jika kita menikmatinya di petang hari yang hujan.
Ia juga dikenali sebagai biskut mayat di sesetengah tempat. Ia merupakan snek yang murah dan mudah untuk disediakan apabila tetamu datang ke rumah kita secara tiba-tiba.
Ia juga dikenali sebagai biskut mayat di sesetengah tempat. Ia merupakan snek yang murah dan mudah untuk disediakan apabila tetamu datang ke rumah kita secara tiba-tiba.
Persoalannya, sanggupkah anda membayar 85,000 Ringgit Malaysia untuk sekeping biskut kering yang tidak seberapa ini?
Jangan terkejut. Walaupun biskut kering ini kelihatan sama sahaja seperti biskut kering lain ini sebenarnya mempunyai satu keistimewaan.
Biskut segi empat sama bersaiz 3.5 inci keluaran Spillers and Bakers dan dinamakan Pilot ini sebenarnya datang dari survival kit daripada salah satu bot keselamatan dari kapal Titanic yang tenggelam pada 14 April 2012 selepas melanggar bongkah aisberg ketika dalam perjalanan dari Southampton ke New York. Tragedi ini menelan nyawa 1,500 penumpang dan anak kapal dan menjadi sejarah pilu di dalam industri perkapalan.
Biskut ini telah dijumpai oleh James dan Mabel Fenwick, penumpang di atas kapal RMS Carpathia yang bergegas ke lokasi tragedi Titanic untuk kerja menyelamat selepas menerima isyarat kecemasan dari kapal yang hampir karam itu. Seramai lebih kurang 700 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan oleh RMS Carpathia dalam misi berkenaan. Tiada biskut yang seumpanyanya dijumpai lantas menjadikan biskut ini satu-satunya yang terselamat dari tragedi tersebut.
Biskut ini telah dijual dalam suatu acara lelongan oleh Henry Aldridge & Son Auctioneers di Devizes, Wiltshire dan telah dibeli oleh seorang pengumpul dari Greece.
Sehingga ke hari ini, biskut yang hanya diperbuat dari tepung dan air ini telah mencapai usia 105 tahun dan kekal utuh seperti asal.
Sumber Rujukan :
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan