Isnin, 18 September 2017

Di Sini Rupanya Lokasi Bunga-Bunga Cantik Dalam Filem Dilwale Dulhania Le Jayenge

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Di Sini Rupanya Lokasi Bunga-Bunga Cantik Dalam Filem Dilwale Dulhania Le Jayenge

Bagi peminat filem Dilwale Dulhania Le Jayenge, pasti akan mengingati babak romantik di mana Simran (Kajol) tergamam apabila mendengar suara kekasihnya Raj (Shah Rukh Khan) yang menyanyikan lagu Tujhe Dekha To Yeh Jaana Sanam.

Walaupun filem tersebut diterbitkan pada bulan Oktober 1995 namun babak penuh emosi itu pasti menyentuh hati mereka yang menontonnya.

Kualiti lakonan hebat pasangan serasi Bollywood, Kajol dan Shah Rukh Khan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Bagaimanapun, hasil lakonan itu diperkuatkan lagi dengan keindahan sinematografi yang dirakamkan bersesuaian dengan ‘mood’ untuk babak berkenaan.


Lokasi indah tersebut bertempat di ‘Mustard Fields’, Gurgaon. Kota ini terletak kira-kira 30 km sebelah selatan dari ibu kota nasional New Delhi.

Selain Gurgaon, lokasi bunga-bungaan cantik seperti ini juga terdapat di beberapa buah negara lain antaranya Switzerland.


- Sumber: Astro Gempak
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: