loading...
Loading...
7 Petua Dapat Anak Kembar Walaupun Tiada Genetik Kembar
“Teringin betul nak anak kembar. Comel tengok mereka membesar berdua, mesti seronok. Tapi, adakah petua dapat anak kembar walaupun kita tiada genetik kembar?”
Jika diikutkan secara logiknya, kebarangkalian untuk seseorang yang tiada langsung genetik kembar untuk mendapat anak kembar tentulah lebih rendah berbanding mereka yang ada susur-galurnya. Selain itu, mereka yang lebih tinggi, berbadan gempal, dan melalui rawatan kesuburan IVF adalah lebih berpotensi untuk kehamilan kembar.
Namun, jika mengikut kajian sains, setiap wanita mempunyai potensi untuk mendapat anak kembar. Berikut adalah beberapa petua dapat anak kembar yang boleh anda usahakan bersama pasangan. Tak salah mencuba, bukan?
Menurut sumber, wanita yang lebih berusia cenderung susah untuk hamil. Tetapi sebenarnya jika mereka ini hamil, terdapat lebih kemungkinan untuk memiliki anak kembar. Pendek kata, semakin tua, semakin besar kemungkinan untuk memiliki anak kembar.
Semua wanita yang sedang merancang untuk hamil memang digalakkan untuk mengambil suplemen folat atau asid folik kerana ia membantu menstabilkan hormon wanita di samping mencegah kecacatan bayi dalam kandungan.
Selain pengambilan suplemen asid folik, makanan semulajadi yang bersumber folat boleh anda makan perbanyakkan sebagai salah satu petua dapat anak kembar.
Menyusu badan selama ini dianggap sebagai cara mencegah kehamilan yang semulajadi kerana kadar prolaktin yang tinggi.
Menggunakan pil perancang umumnya akan membantu mengatur kitaran haid wanita. Namun, setelah anda berhenti mengambilnya, tubuh anda akan ‘keliru’ buat sementara waktu sebelum dapat menyesuaikan semula kepada keadaan asal tubuh.
Sebuah penelitian dalam The Journal of Reproductive Medicine menunjukkan bahawa pengambilan produk tenusu dapat meningkatkan kehamilan kembar.
Jika anda perhatikan, sesetengah produk menggunakan ubi-ubian (cassava) dalam membantu meningkatkan kesuburan dan kehamilan kembar. Ini kerana, ia diamalkan dalam diet sebuah suku Afrika yang mempunyai kadar kehamilan kembar yang sangat tinggi hingga digelar ‘Land of Twins’.

1. HAMIL PADA LEWAT USIA

Ini dibuktikan dengan peningkatan 7% di usia 40 tahun dan 17% di usia 45 tahun. Walaubagaimanapun, seeloknya anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu kerana hamil di usia sebegini biasanya mempunyai cabaran dan komplikasi tertentu.
2. MENGAMBIL SUPLEMEN ASID FOLIK
Semua wanita yang sedang merancang untuk hamil memang digalakkan untuk mengambil suplemen folat atau asid folik kerana ia membantu menstabilkan hormon wanita di samping mencegah kecacatan bayi dalam kandungan.
Selain itu, laporan daripada New Scientist menunjukkan bahawa suplemen asid folik akan meningkatkan kebarangkalian untuk kehamilan kembar kerana ia menggalakkan ovulasi serta implantasi lebih daripada sebiji telur. Namun, jangan pula berlebihan dan melebihi rekomendasi ubat-ubatan yang disarankan, iaitu 1000mg sehari.
3. MAKANAN BERSUMBER FOLAT
Selain pengambilan suplemen asid folik, makanan semulajadi yang bersumber folat boleh anda makan perbanyakkan sebagai salah satu petua dapat anak kembar.
Antara makanan yang kaya dengan folat adalah makanan yang tinggi vitamin B9 seperti sayur bayam, kuning telur, brokoli, tomato, buah tembikai susu, biji bunga matahari, dan hati.
4. MENYUSU BADAN
Menyusu badan selama ini dianggap sebagai cara mencegah kehamilan yang semulajadi kerana kadar prolaktin yang tinggi.
Namun, setelah 6 bulan melahirkan, kitaran haid anda sebenarnya akan kembali normal. Menurut laman web kesihatan, inilah saat yang tepat untuk mendapatkan anak kembar.
Ini kerana, wanita yang terus menyusui bayinya lebih berpotensi untuk hamil anak kembar apabila berlakunya pelepasan beberapa telur ketika ovulasi. Penelitian mendapati bahawa ibu menyusu memiliki peluang 9 kali ganda lebih besar untuk memiliki anak kembar.
5. PENGGUNAAN PIL PERANCANG
Menggunakan pil perancang umumnya akan membantu mengatur kitaran haid wanita. Namun, setelah anda berhenti mengambilnya, tubuh anda akan ‘keliru’ buat sementara waktu sebelum dapat menyesuaikan semula kepada keadaan asal tubuh.
Ada kalanya, proses peralihan ini akan menyebabkan bahagian tubuh anda tidak berfungsi seperti biasa. Dalam tempoh 1-2 bulan selepas berhenti memakan pil perancang, kebarangkalian untuk mendapat anak kembar adalah lebih tinggi kerana mungkin tubuh akan membebaskan 2 ovum berbanding biasa. Jadi, inilah waktu terbaik untuk anda mencuba untuk mendapatkan anak kembar.
6. PRODUK TENUSU
Sebuah penelitian dalam The Journal of Reproductive Medicine menunjukkan bahawa pengambilan produk tenusu dapat meningkatkan kehamilan kembar.
Ia mungkin didasari oleh Insulin-like Growth Factor yang terdapat dalam lembu dan salah satu hormon yang terkandung di dalamnya.
7. MEMAKAN UBI
Jika anda perhatikan, sesetengah produk menggunakan ubi-ubian (cassava) dalam membantu meningkatkan kesuburan dan kehamilan kembar. Ini kerana, ia diamalkan dalam diet sebuah suku Afrika yang mempunyai kadar kehamilan kembar yang sangat tinggi hingga digelar ‘Land of Twins’.
Setelah dikaji, nutrisi dalam ubi-ubian dapat merangsang ovari untuk memproduksikan lebih daripada 1 sel telur semasa proses ovulasi.
KEKALKAN GAYA HIDUP AKTIF
Apa pun, adalah mustahak untuk anda mengekalkan gaya hidup aktif melalui diet seimbang dan senaman. Keadaan kesihatan yang baik dapat membantu anda melalui proses kehamilan yang lebih selamat dan kurang berisiko.
Oleh itu, bersederhanalah dalam mengamalkan apa saja suplemen atau pemakanan hanya kerana inginkan kehamilan kembar. Petua dapat anak kembar boleh diamalkan, tapi jangan terlalu obses sehingga ia mengganggu keseimbangan tubuh badan anda ya!
Sumber: zuriat.my
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan