Isnin, 25 September 2017

Foto menarik sekitar majlis persandingan keluarga besar Norman & Abby

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Foto menarik sekitar majlis persandingan keluarga besar Norman & Abby

BERCERAI dan mempunyai keluarga baharu tidak menjadi penghalang keluarga besar pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi untuk mengekalkan hubungan yang baik.

Norman yang kini bahagia dengan aktres Memey Suhaiza bersama Abby yang kini mendirikan mahligai dengan Jai Ezzany bertemu di pelaminan indah untuk bersanding persis pengantin malam tadi.

Lebih manis, persandingan mereka yang bertemakan 'Islamic vintage' itu turut disertai oleh anak-anak mereka.

Bertempat di IDCC Convention Centre, Shah Alam, persandingan mereka diadakan untuk mengumpulkan keluarga besar Norman dan Abby.

Majlis ini turut diadakan bersempena perlantikan Norman dan Memey sebagai duta syarikat perancang perkahwinan, Mahligai Impian serta meraikan ulang tahun keenam pernikahan Norman dan Memey.

Dalam pada itu, majlis doa selamat juga diadakan bersempena tanda kesyukuran anak sulung Norman dan Abby, Mohamed Danish Hakim yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang hafazan Al-Quran di bumi Turki pada Oktober nanti.

Foto-foto sekitar majlis tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram Norman, Memey, Abby dan Jai secara 'live update'.

Rata-rata peminat memuji keharmonian dan kebahagian dua keluarga besar itu dan mendoakan agar mereka gembira sehingga ke akhir hayat.

Jom semak gambar menarik sekitar majlis persandingan mereka:

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @normanhakim_786, @memeysuhaiza, @abby_abadi112, @jaiezzany dan @sweetpictures_kl
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: