loading...
Loading...
Kanak-kanak 2 tahun curi popcorn Putera Harry
Comel sungguh perbuatan Putera Harry ketika melayani karenah seorang kanak-kanak kecil yang secara diam mencuri bertih jagungnya ketika sedang menyaksikan perlawanan Invictus di Toronto pada Rabu lepas.
Comel sungguh perbuatan Putera Harry ketika melayani karenah seorang kanak-kanak kecil yang secara diam mencuri bertih jagungnya ketika sedang menyaksikan perlawanan Invictus di Toronto pada Rabu lepas.
Rakaman kejadian itu kini viral di laman sosial, dikatakan mencairkan hati netizen yang menganggap kedua-dua Harry dan kanak-kanak tersebut sangat kelakar dan comel.
Emily, 2 tahun dilihat berulang kali memasukkan tangan ke dalam bekas bertih jagung milik Putera DiRaja Britain dan menikmatinya sehinggalah aksi itu disedari Harry.
Sebelum itu, Harry sibuk bercakap dengan lelaki berselahan dengannya di kerusi padang permainan separuh akhir, sukan volleyball antara United Kingdom dan Denmark.
Harry kemudian cuba bermain dengan kanak-kanak perempuan yang duduk di riba ibunya yang juga anak kepada atlet paralimpik British, David Henson.
Perbuatan Harry dan Emily dirakam dan dikongsi di laman sosial dan terus dihujani pelbagai reaksi, kebanyakan memuji dan tertawan dengan Harry dan kanak-kanak itu.
Mungkin anda juga kena tonton video itu, pasti tersentuh sementara melihat gelagat Harry yang juga bersikap kebudak-budakan dengan kanak-kanak itu.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan