Isnin, 25 September 2017

MERAUNG BISA GIGITAN TEBUAN .. ADIK KHALEEF MAUT 12 JAM BERTARUNG NYAWA (6GAMBAR) .

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
MERAUNG BISA GIGITAN TEBUAN .. ADIK KHALEEF MAUT 12 JAM BERTARUNG NYAWA (6GAMBAR) .


Kuantan : ” Maafkan Papa Sayang ” Bapa Khaleef insan yang paling terkilan apa yang berlaku terhadap anak lelaki nya jika lah dia mengambil tindakan awal setelah melihat sarang tebuan tersebut pasti perkara seperti itu tidak berlaku.

Khaleef Eusoff baru berusia dua tahun maut selepas terkena 67 sengatan tebuan di Kampung Padang, Kuantan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu,Khaleef dikatakan sedang bermain di luar rumahnya sebelum menghampiri kawasan sarang tebuan yang terletak kira-kira 10 meter dari luar kawasan rumah.

Menurut bapa mangsa Raafiee Abdul Rahim, 39, ketika kejadian dia sedang berkebun sementara anaknya bermain berhampiran dengannya.





Bagaimanapun, dia dikejutkan dengan jeritan dan tangisan anak bongsunya itu sebelum mendapati badan anaknya dipenuhi haiwan berbisa berkenaan.


“Saya segera menarik dan membersihkan badannya hingga saya turut disengat tebuan sebelum kami membawanya ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Saya dan isteri kemudian membawa anak kami ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana hospital itu mempunyai kemudahan yang lengkap untuk merawat Khaleef,” katanya .
Raafiee berkata, anak lelakinya kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira 8 pagi hari ini disebabkan kandungan toksik di dalam darah terlalu tinggi hingga menggagalkan sistem organ dalaman lain untuk berfungsi.

Katanya, Khaleef selamat dikebumikan jam 2.30 petang, hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang dan pihaknya sudah memaklumkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk melakukan kerja pembersihan dan memusnahkan kawasan sarang terbuan itu.

Menceritakan keadaan kawasan sarang tebuan itu, Raafiee berkata, dia menyedari kewujudan sarang tebuan itu sejak beberapa hari lalu yang mana ia terletak di kawasan tong drum yang ditinggalkannya di luar kawasan rumah.

“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun masih terbayang keadaan Khaleef yang meraung kesakitan ketika saya memangkunya dan membawa dia ke hospital.

“Ketika di hospital dia masih dalam keadaan sedar dan boleh bercakap sebelum keadaannya menjadi kritikal pada tengah malam semalam sebelum meninggal dunia,” katanya.

Semoga Papa Khaleef dan mama nya tabah menerima dugaan ini sedih sebak semua ada termasuk Netizen yang membaca kisah adik Khaleef melalui media sosial, ini kes terbaru kanak-kanak disengat tebuan sehingga membawa maut. 

Al fatihah
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: