Ahad, 10 September 2017

“Saya Solat Tapi Dalam Pakaian Wanita”,Luah Bekas Pondan

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
“Saya Solat Tapi Dalam Pakaian Wanita”,Luah Bekas Pondan

Cikgu Jefferi atau nama sebenarnya Jefferi Mohd Nor, 52, merupakan bekas pondan yang selama ini lebih dikenali dengan nama Kak Qis kini kembali ke pangkal jalan setelah 36 tahun menjalani kehidupan sebagai mak nyah dan ia sebenarnya bukan satu perkara indah buatnya.
Tidak berniat meraih publisiti jauh sekali untuk menaikkan perniagaannya, namun ia dilakukan atas kerelaan hatinya.
Dia sebenarnya tidak pernah tenang apabila berpakaian wanita, menukar ciptaan tuhan kepada wanita, mengamalkan cara hidup sebagai wanita.
“Saya solat tapi dalam pakaian wanita. Saya tahu ALLAH SWT pasti tidak menerima segala amalan saya. Kerana itu, dalam doa saya yang tak putus-putus ni, saya mohon ALLAH SWT beri saya kekuatan untuk berubah.”katanya
“Tahun lalu, ada seorang lelaki bukan Islam datang ke kedai saya. Katanya nak menilik diri saya. Saya halau lelaki tu kerana tak mahu buat, tilikkan haram.
“Lelaki itu akur untuk keluar. Namun semasa dia berjalan keluar dari kedai saya, dia kata saya ni tak bahagia. Lagi-lagi kerana saya tak solat lima waktu,” ceritanya.
Tersentak dengan kata-kata lelaki itu, Cikgu Jefferi mula mencari sejadah dan tunduk pada Illahi.
“Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya ketika kali pertama sujud padaNYA. Walaupun saya masih belum berhijrah masa itu, tetapi saya dapat rasakan sesuatu.
“Bermula dengan solat dengan pakaian wanita, saya mula terasa ingin membuang semua yang haram di badan saya ini,” ceritanya.
Ditanya adakah sakit ketika membuang semua implan di bahagian wajah dan badannya, Cikgu Jefferi mengakui hanya sakit biasa-biasa sahaja.
“Saya tak rasa sakit. Saya ada dengar, kalau nak buang tu sakitnya sekali ganda, tapi perkara itu tak berlaku pada saya.
“Apa yang saya tahu, badan kita tak sakit, tapi syaitan yang berada dalam diri kita rasa perit. Bila nak keluarkan benda yang tak elok dari badan, mestilah ada perasaan bercampur baurkan,” katanya yang tekad untuk berubah tahun lalu.
Kini, semua implan di badannya sudah dikeluarkan dari badannya. Setelah setahun berubah, banyak ketenangan yang dirasainya.
Sewaktu dia menjadi pondan ketika dahulu,dia juga juga hampir berkahwin dengan kaum sejenis di luar negara beberapa tahun lalu, namun kerana kesihatan arwah ibunya ketika itu, dia terpaksa meninggalkan lelaki yang dicintai hanya untuk menjaga ibunya di sini.
“Saya tahu, ibu (arwah) tak pernah sekalipun tak doa untuk saya berubah. Saya sedar perbuatan saya ini tidak baik, tetapi, entahlah, ketika itu saya tidak ada kekuatan untuk berubah jauh sekali nak kembali ke pangkal jalan.
“Selama 36 tahun hidup sebagai wanita, ia dah macam sebati dengan jiwa saya. Tapi, sengsara saya, sedih saya, tidak ada yang tahu pun.
“Saya gelak, ketawa dan menyembunyikan apa yang saya tanggung selama ini. Benarlah doa ibu itu mujarab. Biar dia tak dapat melihat perubahan saya, tapi saya yakin, kalau dia masih ada, dia pasti gembira,” cerita Cikgu Jefferi kepada Sinar Online.
Usahawan kosmetik jenama SB Super Beauty ini sebenarnya baru dua tahun berhijrah.
Mengimbas kenangan bagaimana dia boleh berubah wajah dan personaliti, Cikgu Jefferi berkata, semuanya berlaku ketika dia menuntut di maktab perguruan.
“Saya akui, sejak kecil, saya memang lembut orangnya. Tapi, taklah terlalu menonjol sangat. Masuk maktab, saya ada bertanya pada seorang rakan yang agak alim orangnya, macam mana saya nak kembali normal seperti lelaki biasa.
“Dia hanya menjawab, main bola sepak dan joging. Saya ikut nasihat dia. Bukan bola sepak sahaja, saya juga aktif ragbi.
“Tapi, ragbi tu separuh jalan sahaja. Setiap hari saya kena sindir. Ada saja yang tak kena pada mereka. Mereka kata, kalau saya masuk padang, orang tak tengok bola, orang tengok punggung saya. Ada juga yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya.
“Saya tak tipu. Lepas saya diganggu, saya adukan kepada pengurusan pentadbiran dan saya mohon untuk tinggal di luar. Permohonan saya diterima dan saya tinggal di rumah sewa,” luahnya.
Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut naga, Jefferi turut diganggu rakan serumahnya. Nasib dirinya seperti tidak terbela.
Dia menjadi mangsa bakal pendidik pada ketika itu.
“Mereka kata, saya cantik kalau jadi perempuan. Bila jadi lelaki, saya tak segak. Ada saja yang tak kena pada mata dan mulut mereka terhadap saya.
“Akhirnya saya berpindah ke rumah ibu saudara saya. Keadaan masih sama. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berubah penampilan dan personaliti.
“Menjadi wanita, mungkin mereka suka dan berhenti mengganggu saya. Betul. Saya rasa lebih yakin. Sehingga tamat pengajian di maktab, saya mengajar di sekolah dan sayalah guru pertama yang melanggar etika pemakaian semasa bertugas sebagai guru,” katanya yang pernah mendapat surat daripada kementerian pendidikan untuknya bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor ketika itu.
Katanya, kerana sayangkan profesion guru dan tidak mahu ia dirosakkan hanya kerana dirinya, Cikgu Jefferi berhenti berkhidmat.
“Saya tak mahu kerana daya seorang, orang anggap cikgu ni tak elok. Bila teringat semula, langkah berhenti tu adalah pilihan terbaik untuk saya.
“Mana taknya, semasa mengajar, pakaian saya macam biasa, tapi bila malam, saya mula bertukar dan selesa memakai pakaian wanita,” katanya.
Kehidupan pada ketika itu sangat sempurna. Namun jauh di sudut hati kecilnya, dia amat rindu untuk solat Jumaat di masjid.
“Anak angkat saya berusia 18 tahun. Saya akan terpekik-pekik ingatkan dia supaya jangan lupa solat Jumaat.
“Dalam pekik-pekik tu, sebenarnya saya sangat rindu untuk solat Jumaat. Tapi, dengan pakaian wanita, dan seperti ‘ibu jadian’ ni, saya diamkan sahaja keinginan tu,” katanya yang mula solat sejak empat tahun lalu.
Katanya, biarpun masih berpakaian wanita ketika itu, sedikit demi sedikit dia cuba untuk solat.
Kini,Cikgu Jefferi kembali ke pangkal jalan selepas tersentak dengan kata-kata seorang lelaki tersebut.
Dia bersyukur kerana ALLAH SWT masih memberi peluang masa untuk berubah dan masih menerima diri saya yang sebenar.
Bekas pondan itu juga berharap dan berdoa agar ALLAH SWT tetapkan diri dan imannya agar tidak goyah dan terus istiqamah dengan perubahan dirinya sekarang.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: