Isnin, 25 September 2017

Wanita Ini Kongsi Cara & Teknik Nak Buat Telur Dadar Nampak Gebu Macam Kat Kedai

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
 Wanita Ini Kongsi Cara & Teknik Nak Buat Telur Dadar Nampak Gebu Macam Kat Kedai

Macam-macam cara nak buat bagi telur dadar nampak gebu macam kita makan di kedai.

Menurut perkongsian oleh Puan Mazlina Muda, resipi dan cara buat telur dadar ini diperolehi daripada tukang masak Thai sendiri.Rasanya yang lemak berkrim membuatkan telur dadar yang gebu ini sedap dimakan begitu sahaja.Rahsianya dengan menambah air sejuk.

Berikut merupakan perkongsian beliau;

Bahan-Bahan:

2 biji telur
3 sudu besar air sejuk (dalam peti ais)
Secubit garam @ secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara Membuat:

Pukul telur lama sampai naik buih.

Kemudian masukkan air sejuk dan garam,pukul telur lagi.
Masukkan minyak yang banyak ke dalam kuali


Tunggu sehingga minyak panas dan masukkan telur tadi kemudian tutup dengan tutup pengukus.


Terbalikkan telur dadar tersebut dan tutup semula.Kemudian boleh diangkat.
Siap!


Selamat Mencuba!

Sumber & Foto: Mazlina Muda 
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: