Rabu, 20 September 2017

Tragedi Tahfiz:Kisah Seorang Suspek Sebelum Di Buang Sekolah.Ianya Mengejutkan!!

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tragedi Tahfiz:Kisah Seorang Suspek Sebelum Di Buang Sekolah.Ianya Mengejutkan!!

KERAMAT – Salah seorang suspek yang membakar Darul Quran Ittifaqiyah sebelum ini telah dibuang sekolah dan sememangnya terkenal dengan perangai nakal serta sering melepak di Taman Rekreasi Padang Balak di belakang pusat tahfiz itu.
Menurut rakan sekolahnya yang hanya mahu dikenali sebagai Zulfadli dan Lokman Hakim, mereka mengenali suspek ketika sama-sama belajar di SMK Padang Tembak.
Menyifatkan tragedi yang mengorbankan 23 nyawa itu sebagai kejam dan tidak masuk akal, mereka mahu hukuman setimpal dikenakan ke atas semua pesalah kelak termasuk hukuman gantung biar pun suspek masih di bawah umur.
Ketika ditemui di taman rekreasi itu, Zulfadli dan Lokman memberitahu mereka mengenali dua suspek sambil menunjuk kepada gambar yang disua oleh wartawan MalaysiaGazette.

“Ya, kami kenal dua suspek ini dan mereka bersekolah di SMK Padang Tembak.

“Yang seorang ini dibuang sekolah, mereka ini memang nakal sejak sekolah lagi. Selalu juga nampak mereka melepak di taman ini waktu petang,” kata Zulfadli.
Zulfadli berkata tidak menyangka rakan mereka itu sanggup membuat tindakan luar batasan dengan membakar pusat tahfiz itu.
“Tindakan mereka itu kejam, tidak logik langsung disebabkan ejek-mengejek sampai nak bakar sekolah itu.
“Tindakan mereka di luar batasan,” katanya lagi.
Menurut Lokman, taman rekreasi di Keramat tersebut sememangnya terkenal dengan masalah sosial seperti ponteng sekolah, hisap ganja dan melakukan maksiat.
“Taman ni memang terkenal dengan macam-macam masalah, hisap ganja, pasangan berdua-duaan waktu malam itu perkara biasa.
“Budak-budak lepak sini memang bermasalah, bila malam budak-budak motor ramai juga lepak sini. Mereka datang daripada merata-rata tempat, ada yang tidak pernah nampak muka,” katanya.
Zulfadli dan Lokman tinggal di flat berhampiran dengan pusat tahfiz  dan mereka datang untuk melihat kesan akibat daripada tragedi yang menyayat hati seluruh rakyat Malaysia itu.
Dalam insiden pagi Khamis lalu, 23 nyawa menjadi korban selepas terperangkap dalam kebakaran.
Polis semalam juga mengesahkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar awal pagi Khamis lalu berpunca daripada tindakan khianat susulan tangkapan ketujuh-tujuh suspek.
Ketujuh-tujuh yang ditangkap telah dibawa ke mahkamah dan direman selama tujuh hari dari 16 hingga 22 September.
Hasil ujian air kencing menunjukkan enam daripada suspek positif ganja dan dipercayai khayal semasa melakukan perbuatan tersebut.
Sumber – MalaysiaGazette
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: