Khamis, 14 September 2017

[VIDEO] Pembaca Buletin Utama TV3 Sebak Ketika Membacakan Berita Surat Terakhir Pelajar Tahfiz

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
[VIDEO] Pembaca Buletin Utama TV3 Sebak Ketika Membacakan Berita Surat Terakhir Pelajar Tahfiz

Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi ternyata meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia. 23 orang pelajar tahfiz disahkan terkorban, 4 cedera parah dan 3 lagi mengalami cedera ringan.



Pembaca Buletin Utama TV3, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah tidak dapat menahan kesedihan apabila dilihat sebak ketika membacakan berita tentang surat salah seorang pelajar tahfiz yang maut kepada ibunya.

Sebak

Sementara itu dalam satu kenyataan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan bahawa kebakaran bukan berlaku kerana litar pintas.
Hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.
Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.
Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak.
Pihak bomba percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran itu berlaku. Siasatan terperinci sedang dilakukan.



Ada kesan kimia di kawasan bilik asrama Bomba syak perbuatan khianat

KUALA LUMPUR – Pihak Bomba sedang menjalankan siasatan kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 24 nyawa penghuninya hari ini mungkin berpunca dari perbuatan khianat, lapor Free Malaysia Today.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, bukti dan keterangan saksi menyangkal teori awal yang mengesyaki kebakaran itu berpunca dari litar pintas.

“Selepas melakukan pemeriksaan secara teliti dengan menggunakan anjing pengesan, kami mendapati kebakaran bermula di luar bilik asrama di tingkat dua.

“Anjing turut terhidu kesan kimia di sekitar kawasan itu, jadi kita bawa ke makmal,” katanya.

Katanya lagi, mangsa-mangsa yang terselamat dalam kejadian itu memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa mereka tidak dapat melarikan diri dari bilik asrama melalui pintu kerana ada dua tong gas di kawasan itu.

“Silinder itu sepatutnya berada di dapur, di aras bawah.

Pada awalnya, polis mengesyaki kejadian berlaku disebabkan litar pintas, namun Khirudin berkata, Suruhanjaya Tenaga yang turun ke lokasi kejadian mendapati tiada sebarang tanda-tanda litar pintas atau beban lebihan pada output elektrik.

“Kita perlu menunggu sehingga ujian makmal selesai dijalankan dan kita akan serahkan kepada polis untuk siasatan. Bila berlaku begitu (khianat), kita anggap jenayah dan jenayah di bawah bidang kuasa polis.

“Kita mahu cepat kerana kes ini sudah menjadi perhatian negara dan semua pihak mahu mengetahui punca kebakaran,” katanya.

Sementara itu, dalam rakaman video temubual bersama salah seorang mangsa yang terselamat (minit ke 22.30), ada individu yang mengacau mereka dan meletakkan dua buah tong gas berhampiran pintu bilik asrama.


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: