loading...
Loading...
Mistik Lagu ‘Ulek Mayang’ Dalam Kepercayaan Melayu.Dimana Seramnya?
Seram tak?
Masyarakat Melayu zaman dahulu sangat terkenal dalam mengekalkan adat serta budaya ikutan yang turun-temurun.
Uniknya, kepercayaan mistik dikalangan masyarakat Melayu dulu kala juga sangat akrab. Contohnya kepercayaan terhadap ritual atau amalan-amalan khurafat seperti ilmu hitam, santau, bomoh dan banyak lagi.
Uniknya, kepercayaan mistik dikalangan masyarakat Melayu dulu kala juga sangat akrab. Contohnya kepercayaan terhadap ritual atau amalan-amalan khurafat seperti ilmu hitam, santau, bomoh dan banyak lagi.
Bila disebut soal ‘kepercayaan’, sudah tentu ia tidak boleh untuk memaksa semua orang bersetuju seratus peratus. Nama pun kepercayaan, jadi setiap individu berhak untuk percaya atau tidak. Bergantung kepada tahap pemikiran masing-masing. Sebagai contoh, saya ambil lagu Ulek Mayang.
Lagu Ulek Mayang merupakan lagu tradisional yang popular dikalangan masyarakat Melayu. Lagu ini asalnya mula didendangkan di Negeri Terengganu. Uniknya lagu Ulek Mayang berbanding lagu rakyat yang lain adalah ianya sering dikaitkan dengan elemen mistik. Minoriti masyarakat Melayu hari ini masih beranggapan, mendengar dendangan lagu Ulek Mayang boleh membuatkan bulu roma mereka meremang.
Sampai hari ini saya cuba menghayati lagu Ulek Mayang dan masih mencari dimanakah babak ‘seram’ yang tersorok dalam lagu tersebut.
Tapi tak jumpa. Mungkin kerana kita sudah terbiasa mendengar cerita atas cerita, ini mungkin alasan yang boleh diguna pakai kenapa lagu Ulek Mayang menyeramkan.
Tapi tak jumpa. Mungkin kerana kita sudah terbiasa mendengar cerita atas cerita, ini mungkin alasan yang boleh diguna pakai kenapa lagu Ulek Mayang menyeramkan.
Sebenarnya terdapat banyak versi yang menceritakan kisah legenda Ulek Mayang ini. Saya ambil satu daripada versi yang paling popular dari mulut ke mulut. Jadi, harap anda jangan terlalu serius. Tapi sebelum itu elok kita faham dahulu pengertian legenda. Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, ‘legenda’ bermaksud cerita atau kisah yang bersangkutan dengan sejarah namun tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak.
Sejarah lagu Ulek Mayang bermula sejak ratusan tahun dahulu. Ianya sebenarnya sebuah mentera yang dinyanyikan untuk menghalau roh jahat. Alkisah, pada zaman dahulu ada sekumpulan nelayan yang keluar ke laut untuk menangkap ikan dengan perahu. Semasa ditengah laut, tiba-tiba datang ribut yang sangat dahsyat menyebabkan semuanya tercapak ke laut. Dipendekkan cerita, oleh kerana penat dan sudah kehabisan tenaga semasa ingin menyelamatkan diri, mereka semuanya pengsan dan dihanyutkan ke pantai.
Masih beruntung, akhirnya seorang demi seorang sedarkan diri. Cuma tinggal seorang sahaja yang masih belum terjaga. Dipercayai, rohnya terperangkap di alam Puteri Bunian. Oleh kerana zaman itu kepercayaan terhadap animisme (di mana bomoh digunakan untuk menyembuhkan penyakit seseorang) masih kuat, maka rakan kepada nelayan tersebut memangil bomoh untuk merawatnya.
Semasa dalam mengembalikan semula roh nelayan yang terperangkap, bomoh tersebut dikatakan mengalami pertarungan yang sengit dengan Puteri Bunian. Seorang demi seorang adik-beradik Puteri Bunian datang, sehinggalah yang ke-6. Akhirnya, pertarungan antara bomoh dan Puteri Bunian itu berakhir setelah datang puteri yang ke-7 iaitu kakak sulong daripada Puteri Bunian tersebut. Maka keluarlah dialog yang dimuatkan dalam lirik lagu Ulek Mayang berbunyi, “aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat”.
Revolusi tarian dan lagu Ulek Mayang
Dahulu, lagu Ulek Mayang akan disertakan bersama tarian. Ritual ini selalunya dilakukan di kawasan tepi pantai yang digunakan sebagai kaedah untuk merawat penyakit seseorang. Biasanya penyakit-penyakit mistik seperti kerasukan, tidak sedar diri dan lain-lain.
Namun zaman sudah berubah, tarian dan lagu Ulek Mayang kini dijadikan sebagai persembahan budaya ketika majlis-majlis tertentu. Konklusinya, lagu Ulek Mayang mungkin dianggap seram oleh segelintir masyarakat Melayu kerana ianya berkait rapat dengan pemujaan dan ritual-ritual ‘misitik’ yang digunakan pada zaman dahulu.
Jadi, jika anda mempunyai pertanyaan yang sama seperti saya ‘kenapa lagu Ulek Mayang seram?’, kisah legenda ini adalah jawapannya.
Oleh itu, marilah kita hayati babak-babak seram yang ada dalam lagu Ulek Mayang melalui video di bawah.
Dalam sejarah lagu Ulek Mayang pun sebenarnya kita boleh belajar banyak perkara untuk kenal masyarakat Melayu dengan lebih dekat.
Nota tambahan: Umbuk bermaksud kata-kata manis yang biasanya digunakan untuk memperdaya atau memujuk seseorang.
Seram tak?
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan