Ahad, 24 September 2017

Mahadzir Lokman kritikal

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Mahadzir Lokman kritikal

KUALA LUMPUR: Pengacara Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut adiknya Danial, ketika dihubungi Astro AWANI petang tadi, Mahadzir atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Dale, mula tidak sedarkan diri di kediamannya pagi tadi. 

Danial turut berkata, Mahadzir baharu pulang dari Jakarta, Indonesia dua hari lalu.

Beliau dilaporkan terkena sejenis jangkitan yang telah menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya merudum.

“Abang saya tidak sedar diri sejak Subuh tadi. Kami cuba mengejutkan beliau untuk memberi suntikan insulin sekitar jam 10 pagi tapi beliau sudah tidak sedarkan diri dan pernafasannya terganggu,” kata Danial.

“Kami teris menelefon ambulans dan Mahadzir terus dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Danial, Mahadzir juga dilaporkan kini mengalami radang paru-paru dan buah pinggang beliau terjejas akibat terkena jangkitan.

Danial turut berkata harapan keluarganya agar rakan-rakan dan peminat yang mengenali Mahadzir untuk mendoakan kesejahteraan abangnya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: