loading...
Loading...
Zahid Pecah Rahsia Adam Dan Yusry KRU G@ y?
Sejarah berulang kembali apabila fenomena demam Akademi Fantasiakini melanda. Pada Ahad yang lalu seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia telah berentap dan berbaki 12 pelajar lagi bakal membuat persembahan pada minggu ini bagi melayakkan diri sebagai 12 pelajar rasmiAkademi Fantasia Megastar 2017.
Ternyata persembahan bekas pelajar ini mengubat kerinduan peminat mereka apabila berjaya membuat persembahan yang terbaik. Mencuri perhatian ketika itu adalah Idayu dari Akademi Fantasia 3 yang membuatkan ramai orang memberi ‘ standing ovation’ sebagai tanda suka akan persembahan beliau.
Namun ada sesuatu yang menimbulkan kontroversi apabila ketika Zahid selesai membuat persembahan dan bercakap mengenai sesuatu antara Yusry KRU danAdam dari Akademi Fantasia 2.
Ketika itu, pengacara Akademi Fantasia Megastar, Datuk Aznil Nawawiatau lebih dikenali sebagai Pak Nil telah bertanya kepada Zahid apakah lagu yang susah untuk beliau nyanyikan ketika berada diAkademi Fantasia, Zahid membalas, lagu ‘ Warna Kehidupanku’ dari Yusry KRU.
” Kenapa susah sangat nak masuk lagu ni, mungkin sebab Adam ada dekat situ..”
Pak Nil turut menambah apakah kaitan lagu tersebut dengan Adam,
” Sebab Adam kan dengan Yusry”
Jawab Zahid sambil berseloroh. Suatu ketika dahulu , kedua-dua penyanyi ini telah dikaitkan dengan satu kontroversi dimana peminat mendakwa Adam dan Yusrymelakukan hubungan songsang dan menjadi punca kenapa Yusry bercerai ketika itu.
Namun sesetengah netizen menganggap hubungan mereka berdua hanya sebagai antara mentor dan protege untuk melahirkan bakat baru yang berkualiti seperti Adam suatu ketika dahulu.
Isu ini pernah menjadi hangat seuatu ketika dahulu, sehinggakan ada wartawan yang bertanyakan sendiri pada Yusry dan ini responnya;
“Memang saya rasa terguris dan tercabar! Masyarakat di luar sana, apabila membaca dakwaan itu, mereka yang tak kenal saya, akan mempercayainya. Kawan-kawan tahu, saya ’straight’! Lurus macam pembaris! Naluri saya 100 peratus terhadap wanita, tidak ada sekelumit pada lelaki! Tengok gaya pun tahulah, lelaki tetap lelaki.
“Orang nak mereka cerita sensasi di internet, tapi wartawan tidak begitu. Sekalipun saya rasa tercabar, tapi saya masih mampu mengawal diri kerana ada orang lain, kena fitnah lebih teruk! Sekali lagi saya nak tegaskan di sini, saya lurus selurus-lurusnya! Namun, saya tidak bermaksud menghina lelaki gay, cuma saya bukan salah seorang daripada mereka. Everyone got gay?s friend!”
Namun semua andaian negatif hanyalah spekulasi semata-mata kerana Adam danYusry kini sedang bahagia menjalani kehidupan masing-masing. Mungkin apa yang diperkatakan oleh Zahid pada malam tersebut hanyalah jenaka semata-mata.
Jadi, jangan fikir bukan-bukan ya?
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan