Jumaat, 1 September 2017

Murid 12 Tahun Bunuh Diri Selepas Cikgu Malukan Darah Haidnya

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Murid 12 Tahun Bunuh Diri Selepas Cikgu Malukan Darah Haidnya

Seorang murid berusia 12 tahun membunuh diri selepas mendakwa dimalukan oleh gurunya kerana tompokan darah haid.

 Dalam notanya, murid tersebut berkata, guru telah ‘menyeksanya’.

 Walaupun gadis itu tidak menyebutkan bila kejadian itu berlaku tetapi ibunya mengatakan anak perempuannya telah diminta meninggalkan kelas kerana tompokan darah tersebut.

 Menstruasi adalah tabu di bahagian pedalaman India. Secara tradisinya golongan perempuan dikatakan tidak suci semasa tempoh haid.

 Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh diri dan siasatan sedang dijalankan.

 Kejadian itu berlaku di daerah Tirunelveli di Tamil Nadu, Ahad lalu.

 “Saya tidak tahu kenapa guru saya memalukan saya. Saya masih tidak faham mengapa mereka berbuat demikian terhadap saya,” kata murid tersebut dalam nota yang ditinggalkan.


Ibu murid itu mendakwa guru berkenaan telah memukul anaknya sebelum itu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

 “Anak saya datang haid semasa berada di sekolah Sabtu lalu. Apabila dia maklumkan kepada guru, beliau memberi kain pemadam untuk digunakan sebagai tuala wanita.


“Guru itu juga mendenda anak saya berdiri di luar kelas. Kenapa kanak-kanak berusia 12 tahun diperlakukan begitu,” tanyanya.


Gadis itu membunuh diri sehari selepas kejadian itu. 
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: