loading...
Loading...
Jom Lihat Hantu Di Muzium Sultan Alam Shah
Muzium biasanya ditutup di sebelah malam.
Bagaimanapun di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, ia akan dibuka pada waktu malam pada 15 dan September ini.
Orang ramai bukan sahaja boleh melihat pelbagai bahan pameran tetapi juga boleh bermalam di situ.
Menurut Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), program itu dianjurkan bagi melahirkan semangat mencintai khazanah warisan dan sejarah negeri.
“Pada waktu yang sama, ia juga bertujuan untuk menepis sebarang kepercayaan dan mitos dalam kalangan masyarakat yang sering kali mengaitkan muzium sebagai tempat yang seram dan menakutkan.”
Dalam kenyataannya hari ini, PADAT berkata pelbagai aktiviti lain akan dijalankan di situ termasuk aktiviti berkumpulan, cabaran ikhtiar hidup dan tidur bersama artifak dalam balai pameran.
Aktiviti berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.
Acara itu menyasarkan penyertaan pelajar sekolah menengah berumur dari 13 hingga 17 tahun.
Bayaran yang dikenakan adalah RM 30.00 seorang.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan