Khamis, 5 Oktober 2017

Video Boy Iman Dalam Tahanan Polis Dan Tangan Bergari Tersebar !Ini Komen Netizen

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Video Boy Iman Dalam Tahanan Polis Dan Tangan Bergari Tersebar !Ini Komen Netizen

Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Menurut laporan berita dari Buletin Tv3, perintah tahanan reman suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar Nor’ Iza Mohamedhari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Video ini menyaksikan di mana Boy Iman dilihat dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan dipeluk erat anggota polis kira-kira 9 pagi hari ini.


Video ini dihujani komen dari netizen yang marah dengan pelakon dan pengarah popular ini kerana terlibat dalam penipuan wang ringgit. Namun kami merasakan agak sedih melihat nasib yang menimpa Boy Iman sekarang ini lebih-lebih lagi terlihat dirinya dengan tangan bergari.

Walaibagaimanapun, kita sendiri belum tahu samaada Boy Iman benar-benar salah atau tidak. Ini kerana, setakat ini Boy Iman ditahan hanya untuk membantu siasatan berhubung penipuan tersebut. Sama-sama kita nantikan!
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: