loading...
Loading...
Puteri Diana pernah diupah RM21 sejam sebagai pengasuh dan melakukan kerja rumah sehingga akhirnya identitinya terbongkar
Walaupun telah lama meninggal dunia, jasa dan kebaikan hati mendiang Puteri Diana sedang dikenang oleh ramai orang.
Meskipun mempunyai darah keturunan diraja, Puteri Diana sentiasa merendah diri selain memiliki sifat-sifat yang murni dalam dirinya.
Walaupun telah lama meninggal dunia, jasa dan kebaikan hati mendiang Puteri Diana sedang dikenang oleh ramai orang.
Meskipun mempunyai darah keturunan diraja, Puteri Diana sentiasa merendah diri selain memiliki sifat-sifat yang murni dalam dirinya.
Sebelum bergelar sebagai puteri diraja lagi, Lady Diana Spencer telah melalui kehidupan yang normal dan pernah bekerja sebagai pengasuh dengan pendapatan sebanyak lebih kurang RM21 sejam.
Kisahnya bermula sekitar tahun 1980 apabila seorang usahawanita Amerika bernama Mary Robertson yang menetap di kota London memerlukan bantuan pengasuh untuk menjaga anaknya.
Sehubungan itu, Mary bertindak menghubungi agensi tempatan untuk mencari pengasuh sambilan. Pada ketika itu, Mary diberitahu bahawa terdapat seorang pengasuh berusia 18 tahun bernama Diana Spencer.
Sememangnya Mary Robertson memerlukan seorang pengasuh tetapi dia tidak menyangka bahawa pengasuh tersebut merupakan seseorang daripada golongan aristokrat.
Bersetuju dengan calon pengasuh tersebut, Diana diminta menghadiri temuduga dan dengan serta-merta, Mary bersetuju untuk mengambil dan mengupah Diana sebagai pengasuh anaknya.
Dengan kadar upah RM21 sejam, Diana bukan sahaja diminta untuk menjaga anak lelaki Mary tetapi juga ditugaskan untuk menyelesaikan kerja rumah seperti membasuh pinggan, membasuh dan menjemur pakaian serta mengemaskan permainan.
Mary benar-benar tidak mengetahui identiti sebenar Diana sehinggalah pada suatu hari apabila Mary terjumpa slip deposit dari bank Diana di bawah sofa.
Mary yang bekerja dan tahu menguruskan bahagian kewangan mendapati bahawa nama Diana dan nama bank tersebut menunjukkan bahawa pengasuhnya merupakan Lady Diana Spencer iaitu salah seorang dari keturunan diraja England.
Ketika ditanya oleh Inside Edition tentang reaksi yang diberikan oleh Diana setelah Mary menemui slip dan mengetahui identiti sebenarnya, Mary menjelaskan jawapan Diana:
“Oh, yang itu. Puan mahu saya bawa Patrick keluar jalan-jalan?”.
Jawapan yang diberikan Diana menjadi permulaan dan pengakhiran pada situasi tersebut.
Puteri Diana turut dilaporkan sangat gembira bekerja untuk Mary Robertson. Beliau menyatakan sepanjang tempoh bekerja tersebut merupakan ‘tahun yang paling menggembirakan dalam hidupnya’.
Beberapa bulan kemudian, Mary sekali lagi dikejutkan dengan khabar berita mengenai hubungan antara Puteri Diana dengan Putera Charles. Diana kemudian menghantar notis berhenti bekerja kepada majikannya dan berkahwin.
Menurut Mary, walaupun dia tidak lagi menjadi majikan kepada Puteri Diana, mereka masih lagi saling berhubung antara satu sama lain selama 16 tahun.
Perhubungan yang baik antara kedua-duanya menyebabkan Mary amat menangisi pemergian Puteri Diana setelah terlibat di dalam kemalangan pada tahun 1997.
Ikuti sendiri kisah selanjutnya oleh Mary Robertson.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan