Ahad, 8 Oktober 2017

Saat menyayat hati apabila ibu ikan lumba-lumba ini dipaksa berpisah dengan anaknya

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Saat menyayat hati apabila ibu ikan lumba-lumba ini dipaksa berpisah dengan anaknya

Pemburu ikan lumba-lumba di Taiji, Jepun sangat gembira dan berbangga dengan tradisi mereka yang menangkap ikan lumba-lumba.


Mereka telah memerangkap dan mengepung 300 ekor ikan lumba-lumba di satu teluk.
Dikatakan sebagai tangkapan tradisi turun temurun, dalam jangka masa beberapa hari , pemburu ini akan memecah belahkan keluarga ikan lumba-lumba ini .

Ikan lumba-lumba yang kecil dan tercantik akan dijual di taman marin.

Selepas memilih, mereka akan melepaskan ahli keluarga yang telah trauma kembali ke lautan.

Liz Carter, seorang sukarelawan yang membuat lawatan ke Taiji telah merakam saat menyayat hati apabila menyaksikan sendiri sekumpulan pemburu memilih ikan lumba-lumba untuk dijual di akuarium dan taman marin dan memaksa anak ikan lumba-lumba berpisah dengan ibunya.



Dilihat penyelam dan pemburu ini berenang melalui sekumpulan ikan lumba-lumba yang telah dikepung dengan jaring dan pukat selama beberapa hari tanpa diberi makan dan proses memilih anak ikan lumba-lumba pun bermula.

Mereka dengan kejam memegang badan anak-anak ikan lumba-lumba ini dan menjauhkan mereka dari dakapan ibu ikan lumba-lumba ini.


Ibu ikan lumba-lumba ini dilihat berenang dengan wajah yang sedih dan sayu serta panik bersama kumpulan ikan lumba-lumba yang lain apabila anaknya telah dipilih dan akan dibawa pergi.

Ia tidak berputus asa tetap mahu menghalang anaknya dibawa pergi.

Ibu ikan lumba-lumba itu berenang mengekori kumpulan pemburu itu dengan perasaan yang sangat sedih melihat anaknya diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan.


Kumpulan pemburu itu tidak menghiraukan rintihan ibu ikan lumba-lumba ini lalu membawa anak ikan lumba-lumba ini ke sisi sebuah bot di mana sebuah jaring telah menanti.
Dengan ibunya yang berwajah sayu hanya dapat melihat anaknya dibawa pergi pada kali terakhir dan kemudian selamanya akan dijual menjadi ikan lumba-lumba yang akan dilatih menjadi penghibur di taman marin.

Setiap tahun, beratus ikan lumba-lumba dan ikan paus telah dikepung dalam acara pemburuan tahunan di Taiji.

Pemburu akan memilih anak ikan mana yang paling menarik dan cantik.


Banyak anak ikan lumba-lumba yang telah dipisahkan secara paksa dari ibunya dan kemudian dijual kepada akuarium dan taman marin di seluruh dunia.

Pemburu boleh meraih pendapatan sehingga RM500,000 untuk tangkapan ikan lumba-lumba ini.


Sekiranya nasib kumpulan ikan lumba-lumba yang telah dikepung  ini bertuah, mereka akan dilepaskan kembali ke lautan.

Bagi sesetengah kes, ada yang telah disembelih untuk dagingnya.
Dengan adanya penduduk Taiji yang berkata acara pemburuan tahunan ini sebagai acara tradisi, namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mempergunakan nama acara ini sebagai alasan untuk meraih keuntungan.

Lihat video menyayat hati di bawah ini.
klik sini


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: