loading...
Loading...
Lelaki Ini Minum SEGELEN AIR Sehari, Apa Yang Jadi Selepas Itu MEMANG MENGEJUTKAN!:
Tubuh manusia mengandungi 60 peratus cecair dan tidak menghairankan jika kita sentiasa minum untuk menampung keperluan tubuh kita. Umumnya, kita digalakkan untuk minum 2 liter air atau bersamaan dengan 8 gelas air sehari.
Namun apa berlaku jika kita minum melebihi kadar yang sepatutnya?
Seorang wartawan yang bekerja untuk website “Thrillist” telah membuat keputusan untuk minum air sebanyak 1 gelen (bersamaan dengan 4 liter) air setiap hari selama satu bulan.
Dia akan merekod situasi dan perubahan yang berlaku pada dirinya dan mendokumentasikannya kerana dia menyedari bahawa perubahan pasti akan terjadi, dan dia sangat terkejut melihat banyaknya perbezaan setelah dia melakukannya.
Hari 1:
Ia membuat keputusan untuk membeli botol plastik yang boleh mengisi satu gelen air dan akan membawanya kemana sahaja dia pergi. Pada awalnya, dia merasakan bahawa ujian ini tidak akan mudah. Oleh kerana sebelum ini dia bukannya seorang yang berdisplin untuk minum air pada kadar sepatutnya, dia hanya dapat menghabiskan air pada 12 tengah malam pada hari pertama.
Hari 5:
Tubuh setiap manusia terdiri dari 60 persen air, namun, tidak ada yang minum empat liter air setiap hari.
Tetapi oleh kerana ini adalah eksperimen untuk dirinya dia harus minum air walaupun dia tidak berasa dahaga.
Apa yang berlaku pada dirinya adalah dia dia akan kencing untuk setiap 20 minit selain selalu rasa untuk makan.
Hari 10:
Lelaki ini melihat sesuatu yang terjadi, terutama di waktu pagi. Biasanya Ia memerlukan secawan kopi untuk menghilangkan badan lemah waktu pagi, tetapi setelah sepuluh hari, dia mulai merasakan benar-benar segar dan lebih bertenaga ketika bangun pagi.
Ini adalah perubahan yang cukup bagus untuk dia, dan dia mulai merasa jauh lebih baik. Dia berfikir bahawa itu dapat menjadi motivasi yang baik untuk dirinya. Dia mula melihat dirinya sebagai orang yang lebih sihat, dan dia sendiri tidak tahu mengapa.
Beberapa orang mengatakan dia adalah seorang aneh kerana sentiasa membawa satu botol air yang besar, tetapi dia berasa tangan ototnya telah menjadi sedikit kuat kerana itu.
Hari 15:
Lelaki ini mengaku bahawa dia berasa jauh lebih bersemangat. Dia hampir berhenti minum kopi, sedikit kejayaan untuk dirinya, kerana dia akan minum tiga cawan kopi sehari sebelum membuat ujian ini.
Lima belas hari kemudian, dia merasakan bahawa perubahan pada dirinya menjadi lebih cepat. Dia mulai bermimpi lebih baik dan merasa kurang panas ketika tidur malam itu.
Selain itu, ia mulai merasa sangat dahaga setiap kali dia tidak minum air. Rasanya seperti tubuhnya terbiasa dengan rutin baru itu dan dia berfikir bahawa gaya hidupnya sudah berubah sama sekali.
Hari 20:
Rakan-rakan pejabatnya memberitahu bahawa dia kelihatan ceria dan selalu nampak berseri atau sentiasa bahagia.
Hari 25:
Dua puluh lima hari kemudian, lelaki itu masih kerap pergi ke bilik air untuk kencing, tetapi kekasihnya mengatakan bahawa kulitnya nampak lebih bersih dan dia nampak lebih bersemangat. Bahkan dia sendiri berasakan dia menjadi lebih baik dan lebih segar.
Hari 30:
Hari terakhir dari cabaran itu tidak berbeza dari yang sebelumnya: dia masih berasa terus-menerus dahaga dan harus kerap pergi kebilik air, seolah-olah usianya sama seperti datuknya, dengan perbezaan bahawa dia merasa sihat dan lebih muda.
Kesimpulan yang dibuat olehnya selepas ujian itu adalah mengambil satu galon air (empat liter) sehari terlalu banyak, namun mengambilnya kurang dari dua liter tidak cukup. Lelaki ini mengatakan bahawa dia tidak akan mencadangkan ujian ini kepada orang lain, tapi ia berfikir dia telah berjaya membuat cabaran ini dan menentukan jumlah air yang diperlukan manusia untuk minum pada kadar yang sepatutnya.
Setidaknya kita semua menyedari bahawa kita perlu minum lebih banyak air. Minum air yang cukup akan membuat kita merasa jauh lebih baik dan sihat.
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan