loading...
Loading...
"Saya Sayangkannya Sebagai Abang." Ini Luahan Adik Benjy:
LUAHAN anak perempuan Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Elza Irdalynna berhubung hukuman penjara selama 11 tahun dikenakan terhadap pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atas kesalahan memiliki dadah menyentuh perasaan apabila dia memberitahu tetap menyayangi abangnya itu lapor mstar.
Elza menerusi kenyataan terbuka di Twitter berkata, Benjy tetap darah dagingnya walaupun abangnya itu telah melakukan kesalahan dan sebagai adik dia tidak menghukumnya kerana perbuatan itu.
"Saya tidak menghukum Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalahannya. Saya sayangkannya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya.
"Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebus kesalahannya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya," tulis Elza.
Elza tetap menyayangi abangnya walauapapun yang terjadi. Foto Fail BERNAMA
Pada 18 Oktober lalu, Benjy, 38, dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah jenis methaphetamine.
Benjy turut dikenakan denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) atas kesalahan itu.
Dia ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April lalu.
Dalam pada itu, Elza turut mengingati peristiwa apabila Benjy sebagai seorang abang yang banyak berkorban demi menjaganya dan adik mereka, Inessa Irdayanty ketika mereka masih kecil.
Luahan Elza mengenai abangnya di Twitter menyentuh perasaan.
"Dia adalah abang yang menjaga saya dan adik ketika ibu bapa kami keluar bekerja. Sejak kecil dia sentiasa menjadi ketua keluarga dan berkorban masa bersama rakan-rakannya demi menjaga kami.
Kenangan gambar Benjy semasa kecil bersama arwah ibunya. |
"Ben, untuk semua kelemahan dan keputusan yang salah, tetap abang saya. Dia mempertahankan apabila saya memerlukannya, dia adalah pelindung adik-adiknya.
"Saya rasa lebih berani apabila tahu dia adalah abang saya. Ben, untuk kesalahannya, dia tetap ahli keluarga saya.
"Tidak kira berapa tahun, bukan 14 atau 11. Ia tidak akan memisahkan ikatan kami adik-beradik," katanya lagi.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan