Jumaat, 13 Oktober 2017

Datuk Siti Umum Hamil Empat Bulan

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Datuk Siti Umum Hamil Empat Bulan
Hari ini, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman khas tentang perkembangan terkininya.

Penyanyi ini sebelum ini telah berehat dari industri seni hiburan tanah air sejak beberapa bulan ini.

Akhirnya, punca  kehilangan penyanyi nombor satu negara ini terjawab apabila beliau mengesahkan sedang hamil empat bulan.

Ini pendedahannya:


"Alhamdulillah saya hamil 4 bulan, tiada kata yang dapat menggambarkan  betapa syukur dan gembiranya setelah 11 tahun bersabar dan mencuba.



Pengumuman istimewa itu dibuat oleh Siti Nurhaliza di rumahnya di Bukit Antarabangsa di sini malam Jumaat.


"Kini saya berehat kerana kandungan dan bayi ini merupakan keutamaan saya"

"Saya akui menjalani rawatan di satu pusat fertiliti dan buat keputsan untuk berehat untuk fokus kepada proses yang saya lalui."
Datuk K pada majlis doa selamat sebelum pengumuman mengenai berita kehamilan Siti Nurhaliza. -foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star


"Syukur rezeki dalam umur 38 tahun ini"

Berita baik tersebut dikongsi Siti Nurhaliza pada majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup dikediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Sebelum itu, kira-kira jam 8.45 malam Siti Nurhaliza memuatnaik entri di Instagram dan memberitahu beliau bakal mengadakan sesi live di laman sosial tersebut.

Menerusi sesi live tersebut, Siti mengucapkan rasa syukur dan berharap agar semua mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya dan bayi di dalam kandungan.

Tahniah diucapkan


Berita itu mengesahkan khabar angin yang bertiup beberapa bulan lalu.

Siti, 38, berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Pada Julai lalu, kecoh apabila kononnya satu sampel darah individu dicatatkan atas nama 'Siti Nurhaliza Tarudin' telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya oleh sebuah hospital.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi nombor satu negara ini atau individu lain yang mempunyai nama serupa.


Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran yang ketika itu baru berusia dua bulan.


Ini video nya:

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: