Ahad, 15 Oktober 2017

Masjid Tolak Jenazah Kassim Ahmad

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Masjid Tolak Jenazah Kassim Ahmad

Punca Jenazah Kassim Ahmad Tak Di Terima Masjid Terbongkar. Susulan wujud dakwaan sebuah masjid tidak mahu menerima jenazah sarjana Kassim Ahmad, salah seorang anggota jawatankuasa pengurusan jenazah masjid berkenaan tampil memberikan penjelasan.

Menurut sumber yang merupakan salah seorang jawatankuasa pengurusan jenazah Masjid Kulim yang enggan namanya disiarkan, pada pagi Kassim meninggal dunia, pihaknya dihubungi bagi memaklumkan jenazah sarjana tersebut akan dikebumikan di kawasan masjid berkenaan.

Punca Jenazah Kassim Ahmad Tak Di Terima Masjid Terbongkar. Bagaimanapun, menurutnya lagi, pihaknya tidak boleh menerima jenazah Kassim kerana beliau bukan daripada kariah masjid berkenaan.

Sehubungan itu, sumber tersebut menyelar dakwaan pihak masjid menolak untuk mengebumikan jenazah Kassim serta menafikan penolakan itu berkaitan dengan isu akidah sarjana berkenaan.

“Pagi itu kami (jawatankuasa pengurusan jenazah Masjid Kulim) telah dihubungi dan diminta untuk kebumikan (jenazah Kassim) di Masjid Kulim.

“(Tetapi) kami tidak boleh terima sebab dia dari luar kariah. (Penolakan itu) tiada kaitan dengan akidah tetapi ia berada di luar bidang kuasa kami.

"Tidak timbul soal ada masjid yang menolak. Kassim tinggal di dalam kariah Masjid Kelang Lama (Al-Huda) dan wajar dia dikebumikan di situ.

“Saya harap segala kekeliruan, fitnah ini dapat pencerahan,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Punca Jenazah Kassim Ahmad Tak Di Terima Masjid Terbongkar


Spekulasi kehadiran paderi Kristian 

Ditanya mengenai pihak yang bertindak menguruskan jenazah Kassim, sumber berkata mereka terdiri daripada pihak pengurusan jenazah Masjid Kelang Lama dan kebanyakan daripada mereka merupakan Unit Amal PAS.

Selain itu, menjelaskan isu kehadiran seorang paderi semasa jenazah Kassim dikebumikan, sumber tersebut memberitahu lelaki berkenaan merupakan jiran Kassim semasa di Bukit Gelugor dan tidak timbul isu paderi berkenaan ingin menguruskan jenazah Kassim.

“Mengenai kehadiran seorang paderi, saya sahkan kehadirannya (di tanah perkuburan). Beliau adalah jiran Kassim di Bukit Gelugor suatu masa dulu.

“Tidak timbul soal beliau akan menguruskan jenazah (Kassim),” ujar sumber itu lagi.

Sebelum ini, Malaysia Gazette yang memetik Facebook seorang individu bernama Wan Kamarul Wan Amir melaporkan, terdapat masjid yang menolak untuk menguruskan jenazah Kassim.

Kassim meninggal dunia pada Selasa lalu selepas dilaporkan koma akibat masalah jangkitan kuman dan jantung tersumbat.


Punca Jenazah Kassim Ahmad Tak Di Terima Masjid Terbongkar

Beliau meninggal dunia di hospital di Kulim Bandar Baru pada usia 84 tahun.

Kassim terkenal sebagai sarjana dan ahli politik kiri yang terpalit dengan dakwaan antihadis – dakwaan yang dinafikan sehingga ke hujung hayatnya.

Dalam bidang sastera, beliau antara sosok penting yang terlibat dengan politik sastera Islam sekitar 80-an dengan Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad, selain terkenal sebagai pengkritik dan pelopor aliran sastera untuk masyarakat.

Dalam bidang akademik pula, beliau merupakan penulis Hikayat Hang Tuah dan merupakan orang yang bertanggungjawab mengetengahkan perspektif Hang Jebat sebagai wira yang membela golongan tertindas.

Punca Jenazah Kassim Ahmad Tak Di Terima Masjid Terbongkar. Kassim Ahmad juga pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia sebagai pengerusi dan pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kassim Ahmad Meninggal, Keluarga Mahu Saman JAWI

Peguam, Rosli Dahlan mengesahkan bahawa keluarga Kassim Ahmad telah mengarahkan beliau untuk mendapatkan pampasan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui prosiding mahkamah, kerana percaya bahawa keengganan jabatan tersebut untuk menarik balik pendakwaan Syariah terhadap ahli octogenarian tersebut telah memburukkan lagi kesihatannya, lapor sebuah portal tempatan. 

“Dia meninggal dunia pagi ini. Dia koma sejak malam sebelumnya.” 

Kassim Ahmad sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina agama Islam. Mahkamah Tinggi Syariah kemudian melepaskan dan membebaskan Kassim Ahmad selepas memerintahkan penarikan balik tuduhan itu. 

Menurut Malay Mail Online, anak lelakinya kemudian menyatakan kesyukuran kerana seluruh pengalaman pahit sepanjang tiga tahun telah berakhir, dengan menyatakan bahawa bapanya sebelum ini terpaksa mengharungi perjalanan kereta selama empat hingga lima jam setiap kali mahu menghadirkan diri ke mahkamah di Putrajaya dari Kulim, Kedah. 

Peguam, Rosli Dahlan juga menegaskan bahawa jaminan yang dikenakan memestikan Kassim Ahmad dan ketiga-tiga penjaminnya hadir secara fizikal setiap kali mahkamah bersidang.

Masjid Taknak Urus Jenazah Kassim Ahmad? Ini Penjelasan Dari Anak Angkat Arwah!



Tiada isu Unit Amal PAS tolong kebumikan arwah. Keluarga arwah membayar rm1,500 untuk proses menguruskan pengebumiannya, itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh anak didik yang juga dianggap sebagai anak angkat kepada tokoh sasterawan terkenal, Kassim Ahmad.

"Saya dan keluarga agak rapat dengan arwah dan keluarga arwah. Ayah saya yang bantu keluarga arwah uruskan soal pengebumian. Apa yang dicerita tu tak lebih macam plot untuk raih undi, konon PAS dah terbuka. Hakikatnya, itu perbuatan yang paling munafiq. Menangguk di air keruh. Tiada isu konon PAS Amal bantu tolong kebumi. Keluarga arwah terpaksa bayar RM1500 (diminta oleh orang tertentu yan katanya AJK Masjid) untuk uruskan pengebumian," katanya ketika dihubungi oleh wakil kami yang bertanyakan penjelasan lanjut berikutan penyebaran isu ini di sosial media.

Beliau turut menulis perihal penyebaran cerita berkenaan di akaun facebook miliknya bagi memberikan pencerahan kepada orang ramai.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: