Selasa, 24 Oktober 2017

Payahnya Bila Bayi Selesema.Ini Cara Merawatnya

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Payahnya Bila Bayi Selesema.Ini Cara Merawatnya

SELSEMA merupakan satu jangkitan yang kerap dialami bayi disebabkan sistem imunisasi  rendah yang berpunca daripada serangan virus di saluran pernafasan bayi dan selalunya selesema berjangkit melalui udara atau sentuhan.

Apabila selsema, bayi akan menunjukkan reaksi tidak selesa, sukar bernafas, penyusuan terganggu, sukar tidur dan menyebabkannya kerap merengek dan menangis. Pastinya situasi ini turut memberi kesukaran kepada ibu bapa terutamanya pada waktu malam.


Ada banyak cara untuk merawat selesema bayi antaranya memberinya makan ubat daripada klinik, namun, pada usia bayi yang masih kecil pemberian ubat pada peringkat awal seharusnya dielakkan.Terdapat beberapa petua yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengatasi masalah selsema dikalangan bayi dan juga kanak-kanak dibawah umur dua tahun.

1] Gunakan Minyak Bawang Putih (Garlic Oil)

Sediakan satu labu bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk perlahan-lahan sekadar terbelah sedikit. Masukkan ke dalam minyak zaitun. Ibu boleh ramas-ramas sikit agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak. Kemudian sapukan di dada, belakang dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu masalah selsema.

2] Gunakan Vicks
Dapatkan Vicks khas untuk bayi yang ada dijual di farmasi. Ambil sedikit Vicks, gosok-gosokkan di telapak tangan sehingga terasa panas, kemudian sapukan ke dada, belakang, tapak kaki bayi dan pakaikan stokin.

Letakkan sedikit di hidung dan batang hidung bayi. Selepas sapu tinggikan bantal bayi agar dia mudah bernafas.

3] Mandikan Dengan Air Suam
Mandikan bayi tiga kali sehari dengan menggunakan air suam. Letakkan sedikit minyak kayu putih dan mandikan bayi seperti biasa. Wap air yang bercampur dengan minyak kayu putih akan memberikan keselesaan kepada pernafasan bayi.

4] Air Kunyit



Air kunyit yang disapukan pada hidung bayi tersumbat akan memberi kelegaan kepada pernafasan bayi.

Sediakan kunyit hidup. Gosok-gosokkan ke permukaan kasar, contohnya lesung untuk mendapatkan air kunyit. Sapukan air kunyit itu pada batang hidung bayi. Ini boleh mengelakkan hidung bayi tersumbat dan memberi kelegaan

5] Makanan berkhasiat
Petua menghilangkan batuk dan selsema bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.



Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: