Khamis, 12 Oktober 2017

Doktor DEDAH Mengapa Hospital Makkah Sentiasa Sunyi, Tiada Pesakit !!!Jawapan yang diterima mengejutkan..

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Doktor DEDAH Mengapa Hospital Makkah Sentiasa Sunyi, Tiada Pesakit !!!jawapan yang diterima mengejutkan..

Seorang doktor yang berpraktikal selama 6 bulan di Makkah kehairanan mengapa hospital di Makkah sangat sunyi sepi dan tiada pesakit seperti di negara lain, jawapan yang diterima mengejutkan..


Doktor DEDAH Mengapa Hospital Makkah Sentiasa Sunyi, Tiada Pesakit !!! | Seorang wanita Indonesia menceritakan bagaimana seorang doktor yang berpraktikal selama 6 bulan di Makkah mendapatkan jawapan mengapa hospital di Kaabah sangat sunyi sepi dan tiada pesakit seperti di negaranya, Indonesia.

Wanita yang bernama Rismawati Asri itu menberitahu perbezaan ketara yang terdapat di Makkah yang tidak terdapat di negara yang lain adalah asas aqidah dan juga syariat.

Menurut Rismawati, doktor berkenaan mendapat jawapan mengenai isu tersebut daripada salah seorang Muslim di sana.

Menurut muslim di Makkah, perkara pertama yang dilakukan apabila mereka sakit adalah mereka akan menunaikan solat dua rakaat dan memohon kesihatan yang baik kepada Allah SWT. InsyaAllah doa yang dipohon di tanah suci Mekah pastinya lebih barakah berbanding tanah-tanah lain yang dipenuhi maksiat dan perkara mungkar.

Jika mereka masih belum sembuh ketika ikhtiar pertama dilakukan, maka mereka akan membaca surah al Fatihah dan surah-surah yang lain lalu ditiupkan pada air minuman.

 Jika badan mereka panas, maka mereka akan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat merupakan penyejuk badan. 

Ketika mereka mengalami sakit yang dapat dilihat, maka mereka akan membaca al Fatihah sambil mengusap-gusap bahagian yang sakit. Jika mereka mengalami sakit yang tidak dapat dilihat, maka mereka akan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas sebagai penolak sihir.

Jika mereka tidak juga sembuh ketika ikhtiar kedua dibuat, maka mereka akan bersedekah kepada orang ramai kepada bersedekah merupakan amalan yang menambahkan lagi pahala kebaikan selain menjadi jalan sebagai penyembuh sakit mereka.

Jika mereka tidak juga sembuh dengan bersedekah, mereka akan memperbanyakkan istigfar untuk bertaubat. Menurut Nabi Muhammad S.A.W, sakit merupakan salah satu sebab diampunkan dosa.

Jika mereka tidak juga sembuh dengan beristigfar, mereka akan mengambil makanan seperti madu dan habatussauda. Habatussauda terkenal dengan keupayaanya mengubati pelbagai penyakit.

Jika amalan makanan tersebut masih tidak membantu, maka mereka akan mengambil makanan herba seperti bawang putih, buah tin dan zaitun. Bawang putih terkenal kerana memiliki ciri-ciri anti bakteria, buah tin dan zaitun pula merupakan buah yang disebut di dalam al-Quran.

Dan akhir sekali, apabila kesemua ikhtiar berkenaan tidak berjaya, barulah mereka akan berjumpa dengan doktor yang soleh bagi mendapatkan rawatan. InsyaAllah akan diberi kesembuhan daripada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda:
“Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”.

Pstt: Subhanallah!! hebatkan.. dengan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi, manusia dapat pelbagai manfaat didalam kehidupan terutamanya dapat menghindari daripada pelbagai penyakit. Tetapi masih ramai yang tidak sedar akan kebesaran amalan-amalan sunnah Nabi Muhammad SAW ini.

Ayuhlah kita bersama-sama mengamalkan hidup sihat,kerana tubuh badan sihat yang dikurnikan Allah kepada kita juga adalah satu amanah. Jagalah ia dengan baik,ambil makanan yang baik dan sihat,menjauhi makanan haram serta mengamalakan senaman untuk kesihatan badan. Akhirnya bila masayrakat sihat,umat Islam juga akan menjadi semakin kuat. In Sya Allah
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: