Rabu, 11 Oktober 2017

Lama Hilang,Anita Jual Rumah Pula

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Lama Hilang,Anita Jual Rumah Pula

Misteri kehilangan penyanyi lincah di pentas, Anita Sarawak mungkin sedikit terungkai apabila tersebar dokumen jual beli rumah di internet didakwa miliknya sebelum ini. 

Berita itu seolah memberi sedikit bayangan kepada peminat yang merindui penyanyi Seksis itu setelah sekian lama hilang dari radar.

Anita atau nama sebenarnya Ithnaini M Taib dikatakan menjual rumahnya di Las Vegas bersama suami, Mohamad Mahathir Abdullah (Martin E Cox) pada harga USD350 000, 31 Julai lalu.

 Tak pasti beli rumah lain atau pindah dari Vegas

Menurut ahli forum Lelaki Teragung , dia tidak dapat memastikan sama ada penyanyi bertaraf diva itu menjual rumah berkenaan dan membeli rumah lain atau berpindah terus dari Vegas. 

Hasil penelitian dilaman Linkedin Mahathir pula menunjukkan dia masih di Vegas, namun tidak menolak kemungkinan profil itu tidak dikemaskini.

Dokumen jual beli rumah di Las Vegas


Menurut laporan Harian Metro sebelum ini, Anita sudah lama mendiamkan diri dan memutuskan hubungan dengan keluarganya.

 Malahan mesej ucapan hari lahir Whatsapp dihantar adiknya, Noorkumalasari tidak dibalas Anita pada Mac lalu.

Mungkin tukar nombor telefon, pernah hubungi kakak yang lain


Saya tak pasti sama ada dia sudah bertukar nombor telefon kerana panggilan daripada adik-beradik lain juga tidak dijawab. Sebelum ini sesekali dia ada menghubungi kakak saya yang lain memaklumkan perkembangan terbarunya. Sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada saya.
Anita meninggalkan dunia glamor pada 2013 dan kembali ke Las Vegas bersama suaminya Mahathir yang merupakan warga Amerika Syarikat untuk menjalani hidup lebih privasi. Pada Mei 2015, akhbar sama melaporkan Anita sudah bersara dari dunia nyanyian dan mahu fokus kepada bidang hartanah.

Sebelum ini banyak khabar angin tentang Anita seperti kematiannya, perceraian dengan Mahathir dan kepulangannya ke Singapura, namun semuanya nyata tidak berasas dan tiada bukti kukuh kesahihannya.

[TERBARU!!!] Anita Sarawak Beli Rumah Baru di Las Vegas Pada 4 Oktober Setelah Menjual Rumah Lama Pada 31 Julai Lalu - Post #1 Updated 

[Copy link]

Berdasarkan penyelidikan terperinci, Anita Sarawak atau nama sebenar Ithnaini M Taib bersama suami, Mohamad Mahathir Abdullah (nama asal Martin E Cox) telah menjual rumah mereka di Las Vegas (8241 Campana Dr, Las Vegas, NV) pada 31 Julai 2017 dengan harga USD350,000 kepada Roselinda Cohen dan Lawrence Cohen.

Tidak pasti sama ada mereka membeli rumah lain di Las Vegas atau tidak menetap di Las Vegas lagi. Tetapi berdasarkan LinkedIn suaminya (https://www.linkedin.com/in/martin-cox-8a252120), Abang Mahathir masih berkerja di Las Vegas atau mungkin profile LinkedIn tu tak update.

Sumber:

Grant, Bargain, Sale Deed:

Gambar-gambar rumah:


[TERBARU!!! UPDATE PADA TANGGAL 11 OKTOBER 2017]
ANITA SARAWAK BELI RUMAH BARU DI LAS VEGAS PADA 4 OKTOBER 2017
Berdasarkan penemuan terbaru, Anita Sarawak dan suami baru sahaja membeli sebuah rumah di Las Vegas pada 4 Oktober 2017 yang beralamat di 8652 Jenely Bay St, Las Vegas, NV 89178 dengan harga USD326,509. Rumah baru mereka terletak kira kira 22 minit dari Las Vegas Strip.

Berdasarkan peta di bawah, rumah baru mereka masih dalam pembinaan.

Nampaknya, Kak Nita dan suami masih menetap di Las Vegas atau mungkin rumah baru ini hanya sekadar investment in real estate.







Sumber:
http://sandgate.co.clark.nv.us/AssrRealProp/ParcelDetail.aspx?hdnParcel=17618310076&hdnInstance=pcl7
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: