Khamis, 5 Oktober 2017

Ibu Susah Hati Tiap Kali Pam Dapat 1 oz 2 oz Sahaja, Cuba Cara Ni Untuk Meriahkan Susu Ibu

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Ibu Susah Hati Tiap Kali Pam Dapat 1 oz 2 oz Sahaja, Cuba Cara Ni Untuk Meriahkan Susu Ibu

Yang sekali pam dapat 1 oz 2 oz dan tiap kali menyusu anak tak pernah puas dan tidur pun tak lena, eloklah amalkan homemade milkbooster yang Linn kongsikan ini ya. Mudah-mudahan cara tambah susu badan  ini dapat membantu merancakkan lagi penghasilan susu ibu dengan jayanya.

Waktu penyediaan kurang dari 15 minit saja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya

2 sudu besar halba
1 gengam longan kering
1 sudu besar gula pasir
3 cawan air

Cara caranya 

Pertama sekali, halba dan longan kering tu kita basuh dulu untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan. Selepas basuh, toskan sekejap.

Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air. Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.

Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir. Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api.

Ok tadaaaa!! Siap pun homemade milkbooster kita ini. Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus dalam gelas kita. Sambil minum, sambil kunyah longan. Rasanya sedap, serius macam air laici kang!

Amalkan setiap hari

Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari – sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing.

Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.

NOTA: Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: