Sabtu, 7 Oktober 2017

Denda tak sekolah, tentera rantai leher anak pada tong gas

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Denda tak sekolah, tentera rantai leher anak pada tong gas

 

KUANTAN – Gara-gara tidak mahu ke sekolah, seorang kanak-kanak didenda dengan kejam oleh bapa tirinya apabila merantai leher budak malang itu pada sebuah tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota di sini kelmarin.
Budak berusia 10 tahun itu diperlakukan seperti haiwan apabila ditambat dalam keadaan bogel pada tong gas seberat 25 kilogram.
Perbuatan bapa tiri mangsa berusia 32 tahun itu terbongkar selepas sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah melakukan pemeriksaan di rumah tersebut setelah menerima maklumat jiran-jiran.
Ketua Polis negeri, Datuk Rosli Ab. Rahman berkata, jiran mangsa mula mengesyaki kejadian pelik di rumah tersebut selepas terdengar bunyi rantai bergesel dengan tong gas.
“Apabila diintai, jiran itu nampak seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan lehernya dirantai pada tong gas.
“Jiran berkenaan menghubungi polis dan kita segera menghantar anggota untuk melakukan siasatan.
“Sebaik, tiba di lokasi kejadian, kita dapati terdapat seorang kanak-kanak yang dirantai pada lehernya dalam keadaan berbogel dan tidak sedarkan diri,” katanya di sini semalam.

ACP Abdul Aziz Salleh berkata perbuatan itu dipercayai dilakukan bapa mangsa, seorang anggota tentera yang bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang.
“Hasil siasatan awal mendapati dia mengikat leher anaknya menggunakan rantai dan mengunci pada tong gas sebelum ditinggalkan di ruang dapur rumah,” katanya.
Anggota tentera dan isterinya, 30-an kemudian ditahan dan direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.
Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: