loading...
Loading...
“Dalam Sel Mereka Hanya Ada Al-Quran Dan Yasin”. Lelaki Ini Kongsi Cerita Jumpa 2 Suspek Bakar Pusat Tahfiz.
Sebelum ini, media melaporkan suspek-suspek kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tidak menunjukkan sebarang rasa kesal dengan perbuatan mereka.
Namun, lelaki ini yang berkesempatan bersemuka dengan dua suspek utama pula mendedahkan perkara yang berbeza.
Zulfa Khairi berkata, dua suspek berkenaan ditempatkan berasingan dari juvana-juvana yang lain, sementara tiga lagi rakan suspek yang positif dadah juga ditempatkan di sel berlainan.
Menurut Zulfa, suspek pada asalnya mahu mencuri telefon, namun perkara yang lebih buruk pula berlaku sehingga menyebabkan kematian 24 pelajar tahfiz termasuk dua orang guru.
TAKDIR DAN HIKMAH DI BALIK TIRAI BESI
Hari ini kami berkesempatan bersemuka di balik tirai besi dengan dua orang pesalah juvana yang dituduh membunuh dalam kes bakar maahad tahfiz (Darul Quran Ittifaqiyah) yang lepas.
Mereka diasingkan dari juvana-juvana yang lain, duduk berdua dalam satu sel atas sebab-sebab keselamatan.
Tiga orang lagi yang merupakan rakan mereka juga ditempatkan di sel lain. Cuma tidak dijatuhkan pertuduhan membunuh, hanya sebab keputusan ujian air kencing positif dadah.
Dua orang tadi akan dibicarakan pada bulan November. Andai dijatuhkan hukuman, mereka tidak akan digantung kerana di bawah umur 21 tahun.
Sama dengan kes bunuh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang lalu. Mereka ini akan dikenakan Tahanan Limpahan Sultan (TLS).
Mereka akan hidup di penjara sepanjang hayat sehingga ajal datang menjemput. Melainkan jika mendapat keampunan dari Sultan/Agong, barulah mereka akan dibebaskan.
Sekarang mereka berada di blok penjara juvana. Bila masuk usia 21 tahun kelak, mereka akan dipindahkan ke penjara dewasa yang terletak di sebelah blok.
Mereka pada asalnya berhasrat nak mencuri handphone, nak membalas dendam kepada pelajar-pelajar tahfiz. Mereka ingatkan jam 5 pagi itu, budak-budak tahfiz sudah pergi ke surau/masjid.
Jadi mereka nak memecah masuk asrama.
Disebabkan pintu asrama berkunci, mereka bertindak untuk membakar. Takdirnya 23 pelajar tahfiz disahkan maut dalam kebakaran itu.
Itu bukan kehendak mereka berdua. Selesai untuk yang sudah pergi, mereka yang tinggal ini macam mana?
Perlunya guidance agar mereka ini menghabiskan usia mereka sebaiknya dalam penjara, belajar quran, solat dan boleh hafaz Quran. Doa-doakan.
Teringat kisah zaman Nabi Muhammad, ketika bapa saudaranya, Hamzah, dibunuh ketika perang Uhud oleh seorang hamba yang mahir dalam merejam lembing/tombak iaitu Wahsyi.
Wahsyi dijanjikan oleh tuannya agar dibebaskan/dimerdekakan jika dapat membunuh Hamzah. Hamzah syahid di medan Uhud, apabila tombak Wahsyi yang disaluti racun berbisa menembusi perutnya. .
Setelah dibebaskan, dan masa berlalu, Wahsyi memeluk islam dan pergi ke medan perang bersama tentera islam, sehingga zaman Abu Bakar as Siddiq, dan dialah yang berjaya membunuh nabi palsu, Musailamah Al-Kazzab. Kesalahannya membunuh Hamzah ditebus dengan menumpaskan Musailamah al Kazzab.
.
Jadi dalam kes dua orang juvana yang bakar tahfiz itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum dia dengan kecaman-kecaman/cercaan dan apa-apa kata kesat.
.
Jadi dalam kes dua orang juvana yang bakar tahfiz itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum dia dengan kecaman-kecaman/cercaan dan apa-apa kata kesat.
Boleh jadi nanti dia mengakhiri hidup mereka lebih baik dari kita.
Kita doakan yang terbaik untuk mereka, biar nilai hidup mereka itu berbaloi sekiranya dihabiskan sepanjang hayat di dalam penjara. Nampak jelas kekesalan di wajah mereka, mereka menangis.
Dalam sel mereka kosong, hanya ada mashaf al quran dan yasin. Semoga mereka diberi taufiq dan hidayah, kita doakan untuk mereka ya!
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan