Khamis, 21 September 2017

“Saya masih hidup, belum meninggal dunia” - Mas Idayu

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
“Saya masih hidup, belum meninggal dunia” - Mas Idayu

Selepas dilaporkan ‘meninggal dunia’ awal tahun ini, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu sekali lagi menjadi bahan laporan fitnah oleh netizen sejak beberapa hari lalu.
Di laman sosial Facebook misalnya, sudah ramai yang berkongsi laporan tidak betul mengenai ‘kematian’ Mas Idayu yang direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Hakikatnya, Mas Idayu belum meninggal dunia seperti yang didakwa dalam laporan di media sosial.

Bercakap kepada Utusan Online sebentar tadi, penyanyi yang sangat popular dengan lagu Senggol Senggolan itu memberitahu, berita ‘kematiannya’ seperti yang dibuat oleh netizen merupakan satu cara yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk menarik perhatian orang ramai.

Katanya, kali pertama ‘kematiannya’ dilaporkan di laman sosial, berita itu tidak begitu tular menyebabkan orang yang mereka-reka cerita itu memuat naik sekali dalam usahanya untuk menjadi popular.

“Saya pun hairan awal tahun ini saya ‘dimatikan’, kali ini sekali lagi benda sama dikeluarkan. Ayat dalam berita itu sama termasuk tajuk berita ‘Mas Idayu meninggal dunia’ cuma gambar (hiasan) yang digunakan saja berbeza. Oleh kerana kali pertama tak tular, maka dibuat sekali lagi,” kata Mas Idayu

Ditanya bila dia menyedari laporan ‘kematiannya’ menjadi tular di media sosial, Mas Idayu yang kini popular sebagai juri program realiti D’Academy Asia terbitan stesen televisyen Indonesia berkata, dia hanya mengetahui berita itu selepas dihubungi oleh beberapa rakan artis.

“Saya tak tahu pun pasal berita (‘kematian’) itu sampailah Haiza (rakan artis) mengirim WhatsApp mengenai laporan itu. Apa sangat saya boleh buat kalau dah orang bercerita pasal saya? Saya sihat walafiat. Mudah-mudahan orang ramai yang sedekahkan surah al-Fatihah kepada saya akan memberikan lebih banyak pahala buat saya,” ujar Mas Idayu lagi.

Menyedari masyarakat hari ini lebih mudah mempercayai berita-berita palsu, Mas Idayu sentiasa mengingatkan dirinya agar bersabar dan jangan mudah melenting.

“Sekarang ini zaman fitnah... orang boleh cakap apa saja di laman sosial. Biarkan sajalah. Kita duduk diam-diam tak payah kacau orang. Setakat ini saya tak ambil pusing dengan berita-berita palsu macam tu. Alhamdulillah saya sihat walafiat,” jelas Mas Idayu mengenai keadaannya pada masa ini.

Selain Haiza, antara artis lain yang turut menghubungi Mas Idayu untuk bertanya khabar tentang dirinya ialah rakan seangkatan Amelina serta Black yang turut memuat naik cetakan skrin perbualan mereka menerusi aplikasi Facetime di laman Instagram peribadinya @black.hanifah.

Tujuan Black berbuat demikian adalah sebagai memberi penjelasan kepada peminat-peminat mentornya itu bahawa laporan kematian Mas Idayu adalah palsu semata-mata.
“Alhamdulillah buat mommy (panggilan buat Mas Idayu) @masidayu1001 yang sihat walafiat.. amin,” tulis Black dalam status yang dimuat naik enam jam lalu.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: